FOLLOW ME

May 9, 2012

Tips Cemerlang Dunia, Cemerlang Akhirat.

Orang bertakwa yang cemerlang di dunia akan cemerlang di akhirat. Seorang yang mahu cemerlang didunia dan akhirat boleh jadikan tips ini sebagai panduan.

Jom tengok tips :-

PERTAMA : Laburkan masa untuk merancang hidup

KEDUA : Tentukan matlamat. Kerana matlamat yang jelas memudahkan perjalanan hidup agar tidak menjadi seperti kapal tanpa Nakhoda yang hanyut dipukul ombak.

KETIGA : Tentukan keutamaan dalam hidup anda. Letakkan kehendak Allah di depan.

KEEMPAT : Lakukanlah perkara yang betul dan buat betul-betul. Jangan membazir masa dengan melakukan benda yang sia-sia.

KELIMA : Utamakan kerja yang penting daripada kerja yang kurang penting. Jangan melengah-lengahkan kerja yang penting kerana ia boleh menjadi kerja yang sukar kelak.

KEENAM : Jangan berazam mahu menjadi sangat sempurna, kerana hanya Allah Yang Maha Sempurna. Jika kita tidak mahu mencuba kerana takut gagal, kita takkan kemana-mana. Jangan buang masa dengan perasaan was-was.

KETUJUH : Buangkan sikap suka menangguhkan kerja, umpama orang yang diamanahkan membawa beras seguni sehari tetapi menanguhkan hingga sepuluh hari, akhirnya tidak mampu hendak memikul sepuluh guni beras sekali gus!.

KELAPAN : Belajar untuk berkata TIDAK pada perkara yang tidak penting dan sia-sia. Jadilah seorang yang tegas pada diri sendiri!.

KESEMBILAN : :argailah diri anda! Buat yang terbaik untuk diri anda agar dapat mencapai matlamat dunia dan akhirat!!

Jom Amalkan!! :D
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

Muttallif said...

Nice post. langkah-langkah begini memberi saya inspirasi untuk lebih menyusun kehidupan harian.

Hidup memang sangat padat, tapi perlulah kita susun untuk memberikan perjalanan harian lebih teratur dan lancar.

Muttallif said...

Slow and Steady :)

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design