FOLLOW ME

May 18, 2012

Short Story | SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

“Aku hairan melihat engkau, Amar. Engkau seorang yang baik dan selalu bersama-sama kami. Kenapa engkau tidak mahu memeluk Islam? Semua kaummu dari Bani Asyahali sudah pun memeluk Islam?” tanya salah seorang sahabat Amar bin Thabit.

“Agama itu tidak benar sama sekali. Apa perlunya aku mengikut agama yang tidak diketahui kebenarannya?” tingkah Ammar dengan angkuhnya.

Begitu juga ketika kaum Muslimin sedang sibuk membuat persiapan peperangan, dia turut sama berada di situ. “Kalian hendak ke mana?” tanya Ammar. “Ke Bukit Uhud menentang kaum kafir Quraisy,” jelas salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Ammar diam. Dia hanya memerhatikan para mujahid yang begitu sibuk membuat persiapan perang.

Pada pagi yang masih gelap, ketika pasukan berkuda tentera Rasulullah SAW sedang berkumpul, tiba-tiba Ammar bin Thabit tercegat berdiri di sisi Rasulullah SAW.
“Saya mahu memeluk Islam. Saya mahu bersama-sama kaum Muslimin mempertahankan Islam,” ujar Ammar apabila mendapati Rasulullah SAW kehairanan melihatnya berpakaian perang dengan pedang yang tersisip di pinggangnya.

Rasulullah SAW tersenyum lalu mengizinkannya berjihad bersama-sama para mujahid yang lain. Kehadiran Ammar menimbulkan keanehan di kalangan para mujahid.
“Dia tidak mahu memeluk Islam, tapi mahu berperang untuk Islam,” ujar salah seorang mujahid.

Pertempuran sengit berlaku. Ammar terus mara memperlihatkan ketangkasannya. Namun malang sekali, dia terkena libasan pedang pihak musuh sehingga rebah. Ammar tidak dapat bertahan lagi, lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Ammar itu tempatnya di syurga.

Dia telah mengucap kalimah syahadah ketika melangkahkan kakinya ke medan perang.” jelas Rasulullah SAW membuatkan para sahabat terharu.

MENARIK untuk DIKONGSI .. Klik untuk tahu yep! :)
RM5000 bakal direbut oleh blogger! :D

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design