NUFFNANG

FOLLOW ME

Nota dari ......... Pandangan daku tentang.......

Wednesday, May 09, 2012 1 Comments A+ a-

Ni entry agak pelik. Ada terima nota dari seorang reader, yg minta dirahsiakan identiti. Uhuhu..ape la yg ado di blog tak berapa nak pink ne. Haha. Takpelah, org minta pendapat, kita bagi pendapat. Membayangkan masalah orang itu, adalah masalah kita. Harap dapat membantu la eyh?

" Just nk mtk pndpt.. Ape yg istri kne buat supaya suami dia xbkwn dgn org yg cb pengaruh dia dgn bnda bkn2,spt lepak,lupa anak bini.. Tp pd ms sama,suami tu dh tau istri xsuka suami rapat dgn org yg xbgus tu.. Semata2 utk jg perasaan org yg xbgs tu,suami tpaksa tipu istri. Smp 1 ms,istri dpt tau dn dorg bgaduh.."

Ini la rupe nota itu. Hurmm.... Masalah sebegini dalam rumahtangga adelah biasa. Akibat dan punca utamanya adalah komunikasi. Bila tiada komunikasi, mulalah berahsia itu, berahsia ini, tipu sana, tipu sini.

Pada dakulah, jika daku adalah suami, fikirlah panjang sikit. Hati kawan kau nak jaga sampai bila? Sampai bila nak menipu je.? Of kos la kena tipu kan? Sebab kau sendiri tahu, bini kau tak suka kau kawan dengan si polan si polan. Sebab apa bini tak suka? Sebab dia nampak. Bila kau dengan si polan, mulalah lupa keluarga, lupa anak bini, lupa tanggungjawab bagai!. Kau pulak, jenis tak berapa nak sedar diri . Bila dah melepak, bajet kau tu bujang sangatlah? Bukan tak boleh nak berkawan ye, sila jangan salah faham. Berkawan tu boleh, tapi kena beringat dan sedar diri lah. Kalau rasa tak boleh kawal diri bila dengan org2 yg bawa pengaruh tak elok, sampai porak peranda rumah tangga buat apa kan?

Kau kawin bukan untuk sehari dua, bukan setahun dua, tapi Insya'Allah ke syurgaNYA. Jadi, belajar2lah sayangi dan hormati pasangan.

Ingatlah! Tak semua kawan akan bersusah payah dengan kau. Bila kau senang, kau takyah cari kawan, kawan yang cari kau. Tapi keluarga? Time kau susah, senang, jatuh, bangun, terduduk, Insya'Allah. Dialah tunjang dan tulang belakang kau. Buat apa nak menipu dan curi2 buat benda yang isteri / keluarga tak suka? Lama2 keluarga tahu juga...... Kan? Ada akal guna. =)

Dalam rumahtangga, komunikasi amat penting. Kalau isteri tak suka, isteri kena cakap kenapa tak suka, kalau suami tak boleh tinggal peel lama, at least, cuba buang @ kurang2kan tabiat lama. Sebab, kalau diri sendiri taknak berubah, tiada siapa yang dapat merubah dirinya . Betol tak??.

Dannn.....isteri pulak, kalau tak suka, jangan buat muka, jangan tarik muka, jangan jadi tunggul kayu. Cakap, lepaskan apa yang terbuku, kalau simpan, lama2 jadi nanah. Bawak2 berbincang. Yeaa...semoga semuanya selesai. Hehehehehm Ini sahaja dapat aku kongsikan dari kaca mata aku. Kalau ada perkara lain yg terlintas, aku sambung k. Semoga Allah memberkati hidup kalian. Bawa2 bermuzakarah dalam apa jua hal! Insya'Allah selesai!! Hati pun tak sakit, jiwa pun tenang....

PEACE!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comments:

Write comments
Ardini Izzati
AUTHOR
May 10, 2012 at 1:56 AM delete

Setuju. Ada satu kes ni, sampai si isteri ni terpaksa keluar cari nafkah sendiri sebab laki tak bertanggungjawab. Buat bodoh je. Tak bagi nafkah appa semua. Hidup macam org bujang. Tak ke kesian kat isteri tu. Haihh --"

Reply
avatar