NUFFNANG

FOLLOW ME

Kenangan

Saturday, May 05, 2012 1 Comments A+ a-

Malam yang suam....
Jam berdetik ke minit seterusnya.. 1.32 pagi.
urmm.... masuk hari ke - 6 adik di ICU HTAR. Apa khabarnya?
Maaf adik, hari ni kaklong tak dapat lawat emi. Kekangan masa bekerja dan apiz sekolah. :(
Insya'Allah esok kita sembang-sembang di telinga. Kalau boleh, kaklong nak berbual dengan emi. Kaklong tanya, emi jawab. Kaklong taknak cakap sorang-sorang.. ;(

Oh, sayunya hati ini.
Tambah sedih, 2-3 hari sebelum adik sakit, aku endah-tak endah melayan panggilan telefonnya. Ok. Menyesal! .. yela.. dia seorang adik yang keras kepala. Always rite, walopun benda tu salah dan tidak disenangi keluarga. Maaf emi. Terjadinya perkara ini, menjadikan ianya satu pengajaran hebat buat kaklong. "Hargailah ketika bernyawa" ...........

Walopun kita selalu gadoh, tapi kaklong rapat dengan emi kan? .. Ingat tak dik? Kita jual nasi lemak, mee goreng, bihun goreng? kuih muih? urmmm...bangun 4 pagi, pegi niaga jam 6.30 da terpacak tepi Petronas tunggu awek-awek kilang shiff malam pulang.. penat! tapi seronok kan dik? .. ;) Balik niaga jam 8.30 pagi, kaklong kemas dapur mak, adik tido!! * ok, along jeles. Jam 11 pagi dah kena siap-siap ke sekolah sesi petang.........

Cepatla sedar eh dik? Nanti boleh kita sembang panjang2.

Walau apa pun terjadi , pernah terjadi antara kita semua, anggapla ianya kerana kasih sayang seorang mak, ayah, kakak dan adik-adik. Kalau tak sayang, takder de tegur kan?...

Untuk pengetahuan adik,
Abah sangat-sangat risau dan sedih dengan keadaan adik. Semoga kalian akan jadi Bffs sampai ujung nyawa.

Ya Allah, kau sembuhkanlah adikku Azmee, semoga dia dapat kembali ke pangkuan keluarga. Amin Ya Rabbal Alamin.


1 comments:

Write comments
lyea
AUTHOR
May 5, 2012 at 3:19 AM delete

TIKA BACA NIE..HATI SAYU..TUMPANG SEDIH...BETOL TU,SELAGI BERNYAWA KITA KENA HARGAI..TETAPI,KITA TEGUR BUKAN X SAYANG..SEMUANYA SBB SAYANG..LAU BENDA BAIK,XKAN KITA NAK TEGUR..LAU ORG LAIN MLS RASANYA NAK BEBEL2 KAN..HMM..MOGA AKAK SEKELUARGA TETAP BERSABAR MENUNGGU EMIR SEDAR & TABAH MENGHADAPI SEMUA DUGAAN ALLAH..SEMUA NIE BUAT LYEA SEMAKIN BERTAMBAH SAYANG & MENGHARGAI ORG DISAYANGI..

Reply
avatar