NUFFNANG

FOLLOW ME

Day 4 @ I C U

Thursday, May 03, 2012 7 Comments A+ a-

Salam.
A simple story buat yang tertanya2. Sangat2 berterima kasih buat kawan2 yang alert dan simpati. Tak cukup dengan ucapan di wall facebook, dihantar pula ucapan dan doa buat penguat semangat di inbox fb. Ada juga yang mengirim ucapan melalui bbm, whatapps dan mesej. Terima kasih kawan. Saat daku duka begini, lantas, dapat daku kenali.... Siapa kawan dan siapa yang hanya mahu menjadi kawan tikaku senang dan ceria. Rupanya masih ada kawan berhati mulia. Thanx again. Hanya balasan terima kasih mampu ku serah. Yang lain, biar Allah balas pada kalian.

Adikku azmee ditemui oleh pakcikku dikampung baring mengiring di katilnya. Ingatkan dia tidur, dipanggil2 tidak menyahut, lantas membuatkan pakcikku hairan. Dijenguknya adikku yang sedang baring mengiring, dengan mulutnya berbuih. Ya Allah! Ambulan dikejarkan di kampung @ rumah pakcikku di kg Jeram Batu 20. Adikku dibawa ke Hospital Tanjung Karang. Oleh kerana dia sudah tidak sedarkan diri lebih 4 jam, maka, sisa2 makanan dalam badan sudah berasid. Air liurnya juga tersekat di paru2.

Semalam - 2 hb Mei 2012, dokter memberitahu ayah yang paru2nya sudah dijangkiti kuman. Ya Allah, beratnya dugaan adik. Kaklong , yang, mai, adik usu belum melawat azmee. Jiwa tak keruan. Tambah lagi pabila dokter mengatakan yang dia sudah usaha 50%, lagi 50% terpulang pada adik. Sedihnyaaaa dapat perkhabaran itu dari emak dan ayah! Bekerja di pejabat ditemani airmata!! .... Tangan berjalan buat kerja, kepala otak melayang2 entah kemana. ..... :(

Sepanjang 4 hari di ICU, adik dipakaikan alat bantuan pernafasan, peratus oksigen dalam badan adik terlalu rendah! Ya Allah, Ya Allah..... Tak terkata diri ini. * aku menangis lagi... Tidak aku segan menangis depan rakan pejabatku, tidak dapat aku sembunyikan perasaan campur baur ini........

Day 4.
Hari ini ( 3 Mei 2012 ) aku, acik,alang, usu, mak abah, dengan suami dan anak masing2 melawat adik di HTAR @ ICU. Aku cuba kuatkan semangat. Tapi aku insan yang lemah! Masuk je ke dalam wad ICU, melihat keadaan adik yg diikat tanggannya, dicucuk sana sini, ditebuk, dimasukkan wayar segala besar kecil.... Sedih hatiku pedih! .. Mengalir juga airmata ini. Kali ini tidak dpt dibendung2 lagi....

Adik....... Didoakan adik cepat sembuh. Kami semua sayangkan adik.... Kaklong harap adik akan dpt baca. Nukilan ini nanti................... :(

To be continue...
* airmatadahmacampaippecah *

Selamat malam.
11.09 malam @ 3 mei 12

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

7 comments

Write comments
ZiErWa zAiNaL
AUTHOR
May 3, 2012 at 11:33 PM delete

terus tabah ea... huhu.. moga Allah kuatkan smangt family akak..

Reply
avatar
Misz MariA
AUTHOR
May 4, 2012 at 12:11 AM delete

Byk2 berdoa & bertawakal padaNya..Semoga adik cepat sembuh.

Reply
avatar
Noor Faidza
AUTHOR
May 4, 2012 at 12:16 AM delete

Smoga akk tabah dan kuatkan smangat....berdoa dan iring dia dgn ayt2 suci alquran kerana itu segala pnwr pnyakit..be strong sis

Reply
avatar
Noor Faidza
AUTHOR
May 4, 2012 at 12:16 AM delete

Smoga akk tabah dan kuatkan smangat....berdoa dan iring dia dgn ayt2 suci alquran kerana itu segala pnwr pnyakit..be strong sis

Reply
avatar
LYEA
AUTHOR
May 4, 2012 at 1:24 AM delete

TERUSKAN BERDOA KEPADA ALLAH KAK..BERSABAR DENGAN DUGAAN INI..MEMG SUKAR UNTUK MENGHADAPINYA..SEMOGA SEMUANYA BAIK2 SAJA KAK..KAMI KWN2 SEMUA MENDOAKAN ADIK AKAK CEPAT2 SEDAR & KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA...

Reply
avatar
Ardini Izzati
AUTHOR
May 4, 2012 at 1:42 AM delete

Be strong tau. Maybe Allah nak uji family sis. InsyaAllah berkat doa semua adik sis mesti pulih. Please be strong! :)

Reply
avatar
May 4, 2012 at 9:33 AM delete

Bwa bersabar dan doa banyak2 sis. Tawakal dan redha dengan ketentuanNya. Semua yg berlaku pasti ada maksudnya tersendiri.
Sis kena kuat dan tabah, biar adik sis rasa kekuatan dan ketabahan tu jugak. Insyaallah dengan izinNya.

Reply
avatar