NUFFNANG

FOLLOW ME

INFO | DrSoul's Quotes Collection | Life |

Wednesday, April 04, 2012 1 Comments A+ a-

Alhamdullillah, aku diizinkan bekerja oleh suamiku untuk membantu meringankan beban seorang suami. *dengan izin yer. Alhamdullillah juga, segala tanggungjawab di gambar, kami langsaikan secara bersama2.
Lebihan, kongsi bersama2 dengan anak-anak.

Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam.
Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan.
Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya.

1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.

2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini.
Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

TETAPI Ada segolongan SUAMI yang mengizinkan isteri bekerja kerana mahu dirinya DIBANTU untuk menyara keluarga, MALANGNYA Gaji si isteri itu pula DI MONOPOLI oleh suami kerana beranggapan Wang Gaji isteri itu adalah HAKnya berdasarkan keizinan yang dberikannya..Ini adalah suatu pendapat yang salah dan bertentangan dengan Syarak kerana sudah timbul KEZALIMAN suami terhadap isterinya sendiri

P/s : segala yang baik dari perkongsian ilmu ini, kita amalkan. Yang buruk, ketepikan. Insya'Allah.

Dari : DrSoul's Quotes Collection, @ FB

1 comments:

Write comments
April 5, 2012 at 9:56 AM delete

perkongsian yg menarik..
isteri2 yg bekerja..
jaga diri :-)
semoga Allah bagi keberkatan dalam apa yg di usahakan
Pokok Manggis Depan Rumah

Reply
avatar