NUFFNANG

FOLLOW ME

DIARY | Tazkirah

Thursday, April 12, 2012 1 Comments A+ a-

Salam khamis.
wuuutt! Terasa hari ini cam hari Isnin lak kan. he he he .. Sepanjang minggu ini, giliran aku membaca tazkirah di Opis. Seronok gaks eh? =) Aku suke mencari sendiri artikel motivasi berbentuk tazkirah untuk disampaikan kepada semua staf. Jangan ada yang sentap tersentap sudah. Itu umum. =) Yang mana baik, ambil dan jadikan contoh yang baik. Yang mana tidak.. pandai-pandai la yer ..

Antara tazkirah yang aku sampaikan bertajuk :-
Isnin - Jadikan Allah Majikan Tertinggi
Selasa - Mengharap Ma'sum dari Orang Yang Tidak Ma'sum
Rabu - CUTI UMUM kan? ngeh ngeh ngeh
Khamis - Manusia Mudah Lupa
Jumaat - Tersenyumlah.


Hari ini nak kongsikan Tazkirah Manusia Mudah Lupa itu. Sebab ianya sangat berkait dengan hidup kita seharian. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mencalitkan pahala buat aku dan pembaca .

Manusia mudah lupa.

Hari ini, perjalanan hidupku bergerak seperti biasa, bangun, solat Subuh, bersiap ke tempat kerja. Lewat malam baru sampai ke rumah. Penat dan terus tidur.

Ya, itulah kehidupanku sehari-hari. Hujung minggu, diisi dengan kerja sambilan pula, berniaga membantu rakan di gerai. Cita-citaku tinggi, hendak menggapai harta yang banyak, supaya hidupku senang di kemudia hari. Bukannya sekarang hidupku susah, entah. Memang itu lumrah sikap seorang manusia, sentiasa tamak dan tidak pernah puas. Rutin harianku ini bergerak dari sehari ke sehari, seminggu hingga ke minggu yang lain, bulan ke bulan yang lain, hingga menginjak ke beberapa tahun.

Inilah dia kisah hidup seorang manusia, saya percaya, jalan ceritanya tidak sama, pasti berbeza, tetapi rutin kehidupan yang tidak pernah berubah dari hari ke hari psti sama bagi sebahagian daripada kita. Jadi apa yang membezakan kita dari yang lain?

Persoalan itu yang akan cuba dirungkai dengan melihat konsep disebalik satu perkataan iaitu NIKMAT.. Ya! Nikmat itulah perkataanya. Pernah tidak kita terfikir, bahawa segala yang berlaku dalam kehidupan kita adalah satu nikmat? Pernah tidak kita duduk dan merenung berapa banyak nikmat yang Allah telah berikan kepada kita?

Musibah satu nikmat jugakah?. Untuk menjawab persoalan ini, perlu ada satu refleksi pada diri kita sendiri, iaitu adakah kita mengetahui apa yang terbaik untuk kehidupan kita? Ya, mungkin kita menganggap suatu musibah sebagai satu bala, bencana, tetapi mungkin itu sebenarnya suatu rahmat yang Allah hendak berikan kepada kita.

Suatu contoh, sakit yang datang pada seseorang yang tidak pernah solat, lau baru pada ketika itu dia mula mengingati Allah dan berubah menjadi taat kepada Allah setelah sembuhnya. Maka, awalnya dianggap satu musibah berubah menjadi satu kebaikan yang tidak terperi nilainya.

Oleh itu, setiap detik yang kita lalui, tidak kira baik atau buruk, paerlulah lahir rasa bersyukur dengan sentiasa merendah diri dan berusaha sebaik mungkin untuk taat pada yang Maha Esa. jangan berputus asa dengan rahmat yang Allah berikan dan jangan sekali mengangap sesuatukeburukan atau kecacatan itu sebagai suatu yang tidak sempurna. Pasti dan yakinlah bahawa setiap perkara itu ada hikmah dan kelebihannyayang kita sebagai manusia biasa memang tidak pernah akan mampu untuk berfikir akan kebaikannya.

Senantiasalah memerhati mereka yang bersyukur dibawah kita, maka pasti akan lahir rasa syukur. Kalau tiada makan hari ini, ramai lagi diluar sana berhari-hari tiada makan dan minum. rasa demam, pening kepala, ramai lagi yang menderita sakit yang teruk dan berterusan sakitnya.

Jika kita memerhati dan mengkaji nikmat ini kesemuanya, pasti tidak mampu untuk kita berfikir kerana terlalu banyak nikmat yang Allah berikan dalam kehidupan kita sehari-hari. Akhirnya jalan yang terbaik adalah kembali berserah kepada Allah atas segala yang berlaku dalam hidup kita. Moga-moga kita sentiasa dipimpin oleh Allah dalam meniti arus kehidupan di dunia yang sementara ini.

Wassalam..
Sumber : Artikel ILuv Islam

Lihat Video Gempa Bumi di Acheh << Klik SINI

1 comments:

Write comments
April 13, 2012 at 12:23 PM delete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
senang hati lepak kat sini...urm..saya ada sesuatu yang mampu mengubah hidup anda.
anda mampu menjana pendapatan lebih dr biasa...hanya 3 bulan pertama anda boleh dpt RM30 000. dan terus meningkat...anda boleh lakukan walaupun anda seorang pelajar, suri rumah,atau yang sudah bekerja....jika anda berminat, sila hubungi iesya: 0126025279.

Reply
avatar