FOLLOW ME

April 2, 2012

DIARY | Inilah SuperMak. [ 1 ]

Aku ibu bekerja. Rutin beza dengan surirumah. Ohhoo....jadi Surirumah sepenuh masa adalah KERJA yang sangat memenatkan. Really tired . Sudah menghadapinya time menjaga anak sakit. Dengan anak sakit lagi, itu ini, begitu begini. ohh...Tak dapat nak explain kepenatannya macam mana. TAPI, kalau kita ikhlas seikhlas ikhlasnya, besar pahala. Insya'Allah mudah-mudahan.

Ok, kita share secara rawak sahaja tugas seorang surirumah dengan ibu bekerja.

Surirumah
Isnin - Ahad.
Pagi - buat sarapan , lepas buat sarapan, mandikan anak-anak. Kemas rumah sikit-sikit, basuh baju, * mesin running. gedebak gedebuk baju siap basuh, sementara tunggu nak sidai baju, kuarkan lauk untuk lunch dari peti sejuk beku. Sambil tu layan anak. * dapatla curi masa tengok TV bla bla, layan facebook ke, tupun kalo anak senyap, kalo nak berkepit je. oh! masak. Lepas tu sidai baju yang dibasuh tadi, anak merengek pulakkk..benti jap dari sidai baju, g tengok kenapa la pulak dengan anak ni.. ooo, nak susu. ok buat jap. Kalo ibu-ibu yang BF anak, kena stop jap segala xtvt tu bagi anak susu * ohh. besar pahala si ibu. Sambil-sambil bagi anak susu, layan la TV jap * keje sidai baju tergendala ni. ha ha ha.. :p Jam da 11.30 pagi, alahai, dalam kepala otak, macam-macam da fikir. Tak masak apa pun lagi ni, anak merengek-rengek. Ayahnyer nak balik makan jam 1 , anak yang sulong nak pegi sekolah, dia lom makan lagi, baju tak iron lagi.
Gedebak gedebuk, dapatla curi masak jap, tu pun lepas layankan anak yang merengek tadi , tidokan dier.. * kalo anak terus merengek, abesla anak yang nak sekolah tak makan. huhuhu, masak da settle,dapo cam tongkang pecah!! takpelah, petang sikit la kemas, janji siap masak. ** Bagi anak yang nak g sekolah tu makan. =) Nak air oren la apela.... haish anak-anak. Sambil anak tu makan, ibunyer ni g gosok baju sekolah. huuuuuu letey naik atas turun bawah * kalo umah 2 tingkat.

Tengahari - Jam da pukul 12.30, hubby nak balik ambil anak sekolah petang. Lepas antar anak sekolah, hubby nak makan pulak, ok. hidangkan nasi untuk ayahnya pulak. Buat air minum, lepas tu air panas pulak. Lepas tu anak kecik merengek lagi, alamak! da bangun pulak dier...... Hubby da abis makan, letak je pinggan dalam sinki. Lepas dia solat zohor semua, gerak g pejabat. Tinggal la ibu dengan anak kecil. Aduhai, si kecik ajak main pulak yer sayang. Ok ok.. ibu layanka ajer......... main-main dedua tertidur......* baju tak abis sidai lagi ni. :p terjaga jam 2.45 , alamak, tak solat lagi, zassss, perlahan-lahan bangun, tak mahu sikecil bangun sama. Buat apa yang patut, sambung sidai baju, sapu sampah kat garaj sekalilah. Lepas kemas parking kete, kemas dapur yang tonggang langgang tu pulak. ok, jam 4.30 selesai. REHAT jap.

Petang - Jam da pukul 5.00, hubby nak balik jap lagi, terus ambil anak yang sekolah petang tadi. Menu minum petang apa nak buat yer? Simple-simple suda. Ok. cekodok bilis. Gedebak gedebuk main tepung buat cekodok lak. Hmmm, rase baru je kemas dapo. nape sepah balik neh? ha ha ha ... Bila la kantin nak tutup kan? Dari pagi tak abis-abis............. Anak kecik merengek lagi! haish.. da bangun ker? kejap nye tido! :p .. lari -lari anak la tengok anak yang dekat atas tu, kenapa lah nangis. alamak! da turun buai la pulak. huhuhu. layan anak, mandikan dier, siapkan wangi-wangi.. nak sambut ayah dan abang la katakan.. =) oh no! cekodok atas dapo, zassss, kendong anak kecik ke dapo, lambakkan toy ibu pun uruskan cekodok sampai settle. Lepas tu, cuci pinggan mangkuk + kuali semua, lap-lap mana terselet kekotoran, then buat air panas. Dapat minum teh o ke, kopi tarik ke, sedapnyer kan? ...... , sebelum huby dan anak balik, angkat kain dijemuran, kalo sempat, lipat terus, kalo tak sambung malam nanti atau esok je la......... :(
6.30 petang hubby dan anak sekolah pun balik, ok, jamu mereka minum, dan makan. Ibu layan si adik. Lepas tu, anak sekolah mandi dan mengaji, ibu juga yang ajar mengaji. * suweet kan ibu tu? banyak pahala, Insya'allah.*.. Lepas ajar anak mengaji, cekkan kerja sekolah anak pulak, lepas tu, ibu siap-siap nak masak makan malam.

Malam - 7.45, kedapur kiter lagi? Kali ni nak masak untuk dinner. Simple-simple da la kan? gedebak gedebuk, siap masak simple-simple. Takkan ikan goreng je kan, kena ada 1 sayur, 1 menu sihat, dan usp-sup buat anak. Bagi khasiat sikek. :D Nasib baik kali ini anak sekolah da ada, bolehla layan si adik kan. Laju sikit ibunya masak. Lepas masak, kena la buat cuci-cuci services.. Lepas siap masak, sudah pastinya kena hidangkan, dan masa tuk bermakan malam bersama-sama... ;) 9.00 malam, suda siap makan, kena lap meja, kemas apa patut, simpan apa patut. lepas tu, bolehla REHAT kejap smabil-sambil lipat baju. Jam 11.00 ajak anak-anak tidur. Kalo anak sihat, Alhamdullillah boleh lena sampai pagi. Kalo anak tak sihat, tidur ibunya On dan OFF. Kasihan si ibu.Alhamdullillah jika ayah banyak membantu kan? ;)

Keesokkan harinya : Ibu anak kecil dan anak besar akan hadapi RUTIN yang sama. Menaip pun aku rasa penat, apetah lagi nak membuatnya. NEXT entry aku sambung tentang RUTIN Ibu bekerja pulak. Apepun, Walo apapun kita, berusahalah menjadi yang terbaik.

Jangan anggap keje sebagai surirumah sebagai sukar kerana kita yang memudahkan ia, dan kita juga yang merumitkan ia. Percayalah, jika tidak berGAJI duit, anda berGAJI pahala.

Meh BACE kat SINI tentang Safee Sali bercerai dengan Isterinya.
Jangan kita menjatuhkan hukum dan membuat andaian. Segalanya ketentuan Allah. Kita doakan agar mereka bersatu kembali dan doakan yang TERbaik buat mereka.

2 comments:

aReLaN said...

nak jadi suri rumah gak leh???hehehe..setiap sesuatu ada cabar dia kan.hanya orang yang lalui je tau hakikat sebenar

Pokok Manggis Depan Rumah said...

mcm ni la yea zaman mak @ ibu2 kita dahulu..
berkat ibu mcm ni.. setiap susah payah utk keluarga ibu sanggup lakukan.. bayak dpt pahala.. keluarga pun berkat..
Pokok Manggis Depan Rumah

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design