NUFFNANG

FOLLOW ME

peMUDA elak pergaduhan rumahtangga

Saturday, March 10, 2012 0 Comments A+ a-

Petua Untuk Elak Pergaduhan Rumahtangga

1. Jangan Merajuk - sebaik baiknya apabila bergaduh, jangan suka merajuk. Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah sebaliknya membuatkan masalah anda menjadi lebih buruk apabila si suami tidak peduli dengan rajukan anda.

2. Jangan Menghukum - Menghukum tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak langsung menolong proses berdamai malah hanya akan mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Jadi kalau benar masih ada niat berdamai, jangan terlalu menghukum.

3. Jangan Mencari Salah - Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. Adalah lebih baik apabila anda mengambil masa dan meneliti kekurangan diri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pasangan.

4. Mulakan Pendamaian - Sekiranya anda benar benar mahukan perdamaian , ambil langkah pertama untuk berdamai. Andai kata pasangan anda itu menolak usaha anda kerana dia mmg tidak mahu berdamai itu tidak menjadi isu besar. Sekurang- kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai. Jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

Mari praktikkan!
Insya'Allah bahagia!!

Sumber : ensaiklopedia melayu lama @ FB.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone