NUFFNANG

FOLLOW ME

KONGSI | Faris dalam kenangan | Nota seorang ayah.

Wednesday, March 07, 2012 0 Comments A+ a-



Faris dalam kenangan (26/06/2006 - 23/02/2012)

Dilahirkan secara normal dan cukup sifat. Anak ke 3 dan bongsu. Menyusu badan hinggalah berumur 2 tahun. Kesian kat ibu hehehe. Abang Ngah & Kak Long pun berhenti menyusu badan bila ibu dah habis pantang...Memang seorang anak yg tak banyak ragam & songeh. Berbeza sangat dengan abang & kakaknya yg kuat menangis dan sawan sewaktu kecil (mungkin ikut keturunan ibu dan ayah yg memang ada sejarah sawan semasa kecil). Dulu semasa kak long & abg ngah, setiap kali nak jalan jauh atau balik kampung, kami mesti risau sebab diaorg suka menangis (jenis yg tak henti2 ), tapi alhamdulillah Faris langsung tak ikut jejak mereka, senang nak dibawa jalan kemana2 pun... nak dengar dia menangis pun susah.

Hinggalah dia berumur 4 tahun barulah saya & isteri perasan sesuatu pada Faris. Dalam tempoh setahun beratnya tidak pernah naik & pertumbuhannya juga seperti terbantut. Bila ditanya pada doktor, mereka kata normal, tak perlu risau. Dan apabila usia Faris 5 tahun, kami ambil keputusan untuk check dengan pakar di HUKM (bayangkan berat Faris cuma naik 1kg sejak umur 3tahun & ketinggian masih sama), hati ibubapa mana yg tidak risau?...Dan hasil ujian akhirnya mengesahkan bahawa Faris mengalami masalah pertumbuhan hormon. Memang terkejut kami waktu tu...walaupun Faris nampak sangat aktif, ceria & periang masa tu, namun kami tetap risaukan pertumbuhan ketinggiannya yg seolah2 terhenti.
Hasil perbincangan dengan doktor, kami ambil keputusan utk beri suntikan hormon pada Faris. Bayangkan suntikan hormon tersebut perlu disuntik setiap malam selama 3-5 tahun ( mungkin lebih). Nak cucuk dia setahun sekali pun dah kesian, inikan pula nak cucuk hari2... Memang tak tergamak tapi memikirkan kehidupan dan masa depannya nanti, kami rasa apa yg kami buat tu perlu.

Jadi, setiap malamlah (sebelum tidur), saya akan suntik hormon tumbesaran pada perut Faris dan setiap kali jugalah Faris akan cool...tak menangis apatah lagi menjerit...malah siap bukakan baju utk bagi saya cucuk perutnya. Hanya sesekali beliau akan kata sakit (itupun jika tersalah cucuk pada uratnya). Jika saya & isteri terlupa sekalipun, dia yang akan ingatkan malah siap ambil jarum & ubat dlm peti ais dan beri pada kami. Dia hendak sangat tinggi macam budak2 lain yg sebaya dengannya... Itulah Faris!
Alhamdulillah, selepas 6 bulan disuntik, Faris sudah menampakan perubahan. Berat & ketinggiannya sudah bertambah. Dia pun sangat2 gembira apatah lagi kami ibubapa... Dia tahu ibubapanya akan buat yang terbaik utk dia.

Mula ke sekolah seawal usia 4 tahun. Pernah suatu ketika arwah mengadu “Faris tak suka la cikgu tu asyik nak dukung je.. biarlah faris jalan sendiri”... Memang menjadi kebiasaan cikgu2 suka dukung faris daripada pagar sekolah hinggalah masuk ke kelas. :)
Kuat mengusik & menyakat terutama dengan kak longnya. Kalau bergaduh pun boleh tahan jugak tu...tak padan dengan kecik :) Juga sangat2 meminati kereta terutama “CARS Lightning McQueen”, daripada kasut, baju, jam & topi, semuanya nak CARS...

Mungkin mengikut jejak ayahnya, dia sangat sukakan photography, climbing & sukan badminton...TAPI
-Kalau 100 keping gambar yang ditangkapnya, 80% adalah gambar keretanya... :)
-Kalau memanjat bukit, 10 minit je dia nak jalan..lepas tu suruh dukung. Adoiiii
-Kalau main badminton, hanya dia je boleh smash..org lain tak bole! Dan shuttlecock mesti sampai kat dia sebab jangan harap la dia nak lari :)

Pernah mengeluh sewaktu kak long memohon ke Sekolah Berasrama Penuh & MRSM. Katanya “Kalau kak long duduk jauh2, takkan dia nak main/kawan dengan abg ngah jer?”.... Kesian pun ada!

Pekara yang saya tak boleh lupakan (mungkin tak sepatutnya kita cakap dengan anak2 macam ni).
Saya pernah kata pada arwah sewaktu nak tidur dengannya “Nanti kalau ayah dah takde(meninggal dunia), Faris jangan lupa solat & doakan utk ayah tau?”... Terus dia menangis semahu mahunya dan cium pipi saya tanpa henti. Kataya “dia tak mahu sesiapa pun mati...dia sayang semua orang. Dia sayang ayah, ibu, abg ngah, kak long & opah”
Saat itu memang saya rasa tersilap sangat bercakap macam tu kat dia... memang menyesal & terkilan....
Tak sangka pula yang dia dulu akan tinggalkan semua orang yang disayangi.... Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia!

Al-Fatihah!

BERSAMBUNG

NOTA keciL : Tidak perlulah kita kerap bertanya pada abah, bila sambungan part 2 akan dibuat kerana , BUKAN MUDAH untuk mengingat kembali saat-saat sakit dan pergi buat selamanya. Letakkan diri kita ditempah keluarganya. Abah ingin berkongsi itu sudah cukup membuatkan semua gembira. Beri abah masa.