FOLLOW ME

March 12, 2012

[ KEJAM ] Polis sahkan mayat rentung adalah Nurul Nadirah

(KEJAM) Polis sahkan mayat rentung adalah Nurul Nadirah atau panggilan manja, Dirang SENAI - Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.

AL-FATIHAH buat arwah anakanda Dirang. Insya'Allah SYURGA ALLAH tempatmu nak.

Airmata keluar bagaikan paip pecah sejurus melihat berita di TV3 tadi. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, kejamnya manusia serupa syaitan. Binatang pun tahu sayangkan anak dan geng sehaiwan , inikan pula manusia? She's only 5 years old bebeh!! ........... Apa yang ada dalam fikiran pembunuh agaknya? Benar, ajal maut di tangan Tuhan, sebagai penjaga, ibu bapa, shud put EXTRA carefull ok, PLEASE! X-TRA Carefull. Mencegah lebih baik dari menghadapi / menangisi. Biar susah sekarang, Insya'Allah senang kemudian hari.

Sangat terkilan, anakanda Dirang tak dapat jamah megi + telor yg dibeli itu. Wahai para IBU, sila jangan lalai dan leka. Famili 1st PLEASE!

Mode : Sedey sangat2 = kenot explain my feelings! :((

SUMBER

1 comments:

sueshe said...

mmg sangat kejam..sangat risau kan?? takut nak tengok aina membesar.semoga anak2 kite semua dilindungi oleh Allah s.w.t..

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design