FOLLOW ME

March 7, 2012

KATA | Nasihat Buat Anak

Anakku dengarlah ayah dan ibumu bermadah
sebagai nasihat untukmu
semasa hayat masih di badan
sebelum ayah memejamkan mata
sebagai ingatanku dan kenanganmu

Anak-anakku yang tercinta
Jika kamu alim jadilah obor kepada semesta
Jika kamu jahil bernaunglah di bawah cahaya.
Jika kamu kaya jadilah bank kepada masyarakat
Jika kamu miskin berbanggalah untuk keredhaan Tuhanmu
hindarlah dari meminta-minta
supaya terpelihara keizzahanmu
biarlah kamu miskin dengan Tuhanmu
kaya dengan manusia
Jika kau saudagar
jauhilah riba betulkan timbangan
berbuat adillah dalam berjual beli
jika kamu perlu mintalah kepada Tuhanmu
agar manusia tidak menghinamu

Jika pemimpin jadilah payung kepada umatnya
rendahkan sayapmu jika kamu dipimpin
serahkanlah kepada kebijaksanaan ketuamu
Jika kamu pejuang
banyakkan mengingati Tuhanmu
hadapilah musuhjangan melampaui balasan-batasannya.
Jika kamu menderita, tersiksa
berserahlah kamuitu tanda 'basyar' dari Tuhan
Tuhan kasih padamu
kasih Tuhan itu lebih dari kasih seorang ibu kepada anaknya

SUMBER

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design