FOLLOW ME

March 15, 2012

INFO | Lenguh Kaki

Lenguh kaki setiap orang biasa alami kan? aku pun sama, especially bila terlampau aktif sangat, belah kaki tuh ya Allah, rasa lemah dan lenguh gila. Tuh belum lagi bersesak dengan manusia, berhimpit-himpit, jalan terkedek-kedek lagilah lenguh dibuatnya. Selalunya lenguh kaki nih dikaitkan dengan pemakaian kasut tumit tinggi dan jugak kasut yang tidak sesuai dengan saiz kaki. Lagi satu sakit kaki or lenguh-lenguh pada kaki nih jugak sinonim dikaitkan dengan orang yang obesiti tapi tak mustahil yang tak obesiti pun dapat jugak. Sebabnya kaki tuh la menampung beban berat badan kita nih. Semuanya tertumpu pada kaki. So, hari nih nak share tips mudah atasi lenguh kaki nih plak.

1) Lakukan Regangan Kaki.Yang nih selalu dibuat, regangan kaki nih memang bagus. Time nih kalau kaki lenguh memang bestlah. Caranya gerak-gerakkan kaki mengikut pusingan jam dan jugak lawan jam. Buat beberapa kali, Ala macam kita ‘warm up’ time setiap kali berjogging dan buat senaman tuh.

2) Letakkan kaki di tempat tinggi.Letakkan kaki ditempat tinggi nih pun ok jugak. Dia akan menarik otot-otot di bahagian kaki nih. So secara tak langsung, lenguh-lenguh tuh pun hilang. Ape susahnya kat bawah meja ofis tuh kan ada besi yang agak tinggi sikit, letak je kaki kat situ buat beberapa minit. Lepas tuh nanti ok lah dia.

3) Buat urutan kaki.Petua lenguh kaki yang selalu dipraktikkan setiap orang nih, iaitu buat urutan kaki. Picit-picit sikit kat bahagian lenguh tuh dan sapu dengan minyak panas, macam minyak merah, susu kambing etc. Ia baik untuk memberi kelegaan pada kaki yang lenguh dan jugak mampu melancarkan peredaran darah kita. Nak lagi senang, manjakan badan di spa, confirm semua lenguh-lenguh hilang, badan dan minda pun segar.

4) Rendam kaki dalam air suam.Rendam kaki dalam air suam nih jugak boleh bantu menghilangkan lenguh pada kaki kita tau. Caranya letak je air panas dalam baldi kat bawah meja tuh dan rendamlah kaki di dalamnya. Nikmatilah ia sambil-sambil study. Hehe, yang nih selalu student selalu buat. Baik untuk pelancaran darah jugak nih.

5) Lakukan refleksologi.Refleksologi memang terbukti mampu meredakan segala kesakitan termasuklah lenguh-lenguh pada kaki nih. Amalan nih dah lama dilakukan sejak dulu lagi sebab ia merupakan salah satu perubatan kuno. Dia nih memberi tumpuan pada titik-titik refleks di bahagian kaki. Saya pun selalu buat nih, jalan atas batu refleksologi tanpa menggunakan alas kaki. Ia mampu melancarkan peredaran darah kita, meredakan ketegangan dan merangsang anggota berkenaan untuk berfungsi dengan baik. Memang bagus jugak untuk sesiapa yang mempunyai penyakit, ia baik untuk meredakan kesakitan dan mengurangkan simptom penyakit.

SUMBER

0 comments:

X-Change LinK

..

Daisypath Anniversary tickers