NUFFNANG

FOLLOW ME

DIARY | Buat apa lepas S.P.M?Kongsi pengalaman sket :D

Friday, March 23, 2012 8 Comments A+ a-

Tahun 2000 eh? adui, aku lupa....... yela SPM aku tahun 1999, amik result 2000 la kan? Tahun 2000 July aku keje Gomen dah.. sampai sekarang, mulai dari pembantu jer, now da up sket jadi kanan. oh! alhamdullillah, sila pekakkan telinga dengan komen-komen yang tidak membina dan bakal menjatuhkan diri sendiri. Jika dilayan, kita tidak kemana. Sila percaya.

ok. Time nak mengambil result tur,, dup dap dup jantungku.. yelah.. subjek matematik paling gerun. Alhamdullilah lulus!! with 2A's [ better then trial ] n B .., m not further my study, series, ini pengakuan ikhlas. hak hak hak. coz, aku da keje .. [ Jom, jenguk pengalaman japs.. ]

Lepas abes sekolah #
kerja @ Kilang Sony Tv. ( North @ South series ilang ingatan sudah! hahahaha, ajulaa, sila makan kismis lebih, supaya ingatan kau kuat semula erk? :p )
Disinilah bermulanya pengalaman bekerja berdiri selama 12 jam. Shiff kilang 12 jam. Masuk kerja 6.15 pagi, balik kerja 6.15 petang. Selama 12 jam tu, kau berdiri. dapat time rehat sesi 1-15 minit, sesi 2-1 jam , sesi 3- 15 minit. Masa tu, kau nak duduk pepuas, silekan, sebab lepas tu, kau kena kerja berdiri all the time, sampai waktu rehat kau datang semula. ha ha ha!!Ok, seronok sebenarnya kalau dapat member keje 1 line yang sporting. time aku, kakak2 yang sangat sporting dan brutal. Yang bestnya, kilang sony TV ni, ada yang 1 line 3 orang, 1 line 2 orang, 1 line 7 orang. Depends pada produk apa yang line kau kena buat. Seingat aku, line aku 1 line 3 orang, buat "FBT" sesuatu benda yang kena letak dalam TV! hahhahaha...Bayangkan?kalau masuk keje jam 6.15 pagi, jam berapa kau kena bangun? naik bas? aku bangun jam 4.30 pagi, naik bas jam 5.15 pagi, pergi keje gelap, balik keje pun gelap.. Sampai lupa hari. Sebab g keje ari selasa, gelap, balik pun gelap. sebenarnya kau balik hari esoknya.!! =)
Aku bertahan keje kilang sony dari lepas SPM bulan Nov tak silap, sampai ke bulan Mei 2000. Gaji? ohhh........... basic gaji kerja kilang (masa tu) sangat rendah! dalam 450 je pun. Yang buat kau masyukkk adelah Elaun dan OT. Apa yang kau nak? Transport disediakan. Makanan? ha ha ha , tak yah kuar belanja. Sebab kupon makanan diberikan (dulu laaam sekarang aku tatau) Contoh eh? Kupon makan tenghari RM3.50, kau amik lauk harga RM4, kau kena tambah 0.50 sen sahaja.! Jimat kan? =)

Makanan dulu murah jer.. sekarang aku taktau dengan RM3.50 kau dapat makan apa! Togeh dan ikan goreng setengah kot? :p . Dengan basic gaji Rm450.. bila time terima gaji, yang masuk RM1400. ha ha ha ! gile banyak Ot kau kan? Bila da pegang duit banyak............... wauuu ...! taknak belajar lagi. hiks. tapi kan? (kepada adik-adik) . Kalau ada peluang untuk further study, sila la sambung belajar, cam aku mungkin rezeki aku, tapi Alhamdullillah aku dapat kerja makan gaji, .. hidup pun ala-ala selesa la jugak kan? =))

Lepas Sony TV, try Hitachi Ekon plak?
ha ha ha... nape aku benti Sony eh? kalo bez? sebab nak ikut kengkawan try pengalaman kat hitachi lak. hahaha, oh!! zaman tu, abang-abang TZM menjadi kegilaan aweks-aweks kilang ok. har har har.. :p Tapi aku minat giler kat sorang supervisor neh. Malas nak ingat, sebab dier eksyen. Wakakaka.. agaknya masa tu rupe ala-ala dak skolah kot? lalallalala

Hitachi ekon ni pun aku keje sebulan je ko. Tak bez, situasi tak bes Sony. Port makan tak bez, suasana line keje tak bez! bagi aku la... =) .. Takder kupon makan, takder port lepak. Nak keluar masuk 24/7 guard sibuk jek tanya. takder kebebasan lah! keje 1 line 40 orang ok. kalau yang depan lembab.. lembab la production! kalau tak sampai target, OT. ohhhhhhhhhh! malasssssss........ sebab OT dibayar ciput. * mata duitan * =p, Keje tak bez, last2 aku, ngan arwah liyana cabut jer berhenti. hahahahah... blah! blah! tak kuasa la aku nak g pulang baju kilang seme neh.. biar aku simpan sebagai koleksi. hahahahhaha...

Bulan Jun 2000 # Interview @ KUIM
pakai Baju Kurung sopan-sopan, then masuk interview. Dokumen hape seme bapak aku yang siapkan. Aku juz duduk @ sit depan kete Old skool bapak aku tu, sampai je, kepit fail, masuk bilik interview. hahaha.. * bila masa aku apply pun aku tatau * ke bapak aku yang apply an? layanz..........

masuk bilik interview.. alamak, ada 4 orang yang interview aku neh. 2 lelaki agak tua, 1 popuan , 1 lelaki rambut sikat tepi. =) Soalan :

1. Awak boleh keje shiff? =dan dan kau kata boleh kan? Pastu susahkan bapak kau nak ambil antar kau g keje . hahahahah.. * ohh, ini arahan bapak aku, soh jawab seme ok jek.

2. Ada pengalaman keje library? = Ada! kat sekolah, jadi pengawas perpustakaan dari darjah 3 sampai tingkatan 5! * hahaha, ade kena mengena ke? adusssssss

3. Gaji basic kita bagi 495 bellum campur elaun seme-seme. = OK jeeee ^_@

4. Kalau ada student lelaki bawa keluar buku, awak buat apa?= Errr.........saya kejar dan ikut dia, kemudian minta balik buku yang dia bawak keluar tu... * hahaha, baik kan aku?

5. Ok, itu sahaja soalan saya, Terima kasih. * aku bangun dan keluar sengeh2 kat bapak aku.

On the way turun lift, nak balik, dapat call dari Cik Wan Fariza, Pen.Pend. Hr masa tu, dia call kata " ok, awak diterima bekerja, esok lapor diri segera" .. Giler terkejut ok. Sebab, lepas aku nyer Interview, ada 8 orang lagi belakang aku. hahaha.. ape la nasib........... =) Aku antara staf TERawal Kubah Biru lah.. staf ke 2 Library, dibelakang Hj Anas, geng lepak dulu ngan Bro iwan. hahaha, dia adalah mangsa keadaan untuk menapaukan aku nyer sarapan pagi! =) Tq Bro.. gonna mishh dat moment. * selalu bengkrap aku, dia belikan aku, aku kena bagi wet lebih belanja dier. aahaha.. * memori *

Lapor diri sebagai staf no 32 di Kubah Biru. Oh.. sangat bez masa dulu-dulu taw. =) Dari Lib ni kecil, kongsi komputer, cop atas lantai, jaga kaunter manual, susun buku semua rak 2 orang saja, 2 orang tu gaks yang buat katalog, 2 orang tu gaks buat katalog majalah, buat pembelian, jaga kaunter shiff dan bagai-bagai, tapi kami HAPPY, sebab da anggap macam family.. Sekarang? entahhhlah. =)

Gaji rendah sangat dulu kan? Tapi sekarang alhamdullillah. lapor diri sebagai pembantu lib jer, skang da naik sket ke kanan. Tu seme atas usaha, Ok la tu. =)

Kepada adik2, jika ada peluang untuk sambung belajar, silakan.. ikut kata hati masing2. Zaman sekarang susah nak di duga, yang ada pelajaran tinggi2 pun, belum pasti kerjanya apa, itu semuanya adalah ketentuanNYA. yang pentingm kita bersyukur dan redha, jangan lupa, USAHA itu penting.

my Quotes : Ramai yang bijak pandai atas kertas, tetapi tidak pandai menggunakan kebijaksanaan dialam nyata

Da lama rasanya tak tulis post panjang2 :D

8 comments

Write comments
March 23, 2012 at 12:57 PM delete

alhamdullillah senang dpt job.. kila sampai now masih menunggu permanent dalam kerajaan. mcm now watpa gaji mahal, elaun tinggi tp xtetap. bila2 masa aja bole kena quit. aduiii

Reply
avatar
Ardini Izzati
AUTHOR
March 23, 2012 at 3:00 PM delete

dinie keje jugak tapi tak dapat gaji sebab keje kat kedai mek sendiri. haisshh, tak merasa pegang duit sepanjang cuti spm ni =="

Reply
avatar
Ajulaa
AUTHOR
March 23, 2012 at 3:03 PM delete

Kila : tula, zaman sekarang susah nak cakap. kadang2 yg belajar bertahun2 pun lom pasti kerjanya ikut kesesuaian kite, yg penting jangan memilih kan. Doa banyak, semoga cepat2 dapat tetap ok.

Dini : takpe dear, mana tau nanti boleh bukak bisnes sendiri kan? hihi, kak julaa lepas balik keje kilang tu, tolong mak niaga kuih laks, penat memang penat tapi syiokk...

Reply
avatar
March 23, 2012 at 3:46 PM delete

best pulak baca post ajulaa pjg2 hari ni.. terlayannn kejap citer ni. best! buat diriku juga terkenang masa silamku sekejap..tp citer saya x menarik seperti ajulaa. saya insan biasa2 saja..hahaha :D

Reply
avatar
Ajulaa
AUTHOR
March 23, 2012 at 4:00 PM delete

Mummy GH : ala.. jangan cenggitu, kiter pun biase2 jer.. cer mummy share, nak gak tau :)

Reply
avatar
aThidEaN
AUTHOR
March 23, 2012 at 5:57 PM delete

best story u
senang dpt kerja gomen,
i sampai skrg pasra gomen xnk amik i keja

Reply
avatar
March 23, 2012 at 10:54 PM delete

hhehe..mmg best baca citer k.zura. msti byk lagi memori best2 keje kt cini :)

Reply
avatar
Ziela
AUTHOR
March 24, 2012 at 2:12 AM delete

Seronok baca pengalaman u after amik result spm. me oso keje n x sambung belajar coz financial problem. So sad kan? Tp x kisah janji now I happy :)

Reply
avatar