FOLLOW ME

March 30, 2012

DIARY | Aku , Kau , Dia ...

1. Duty yang membosankan.

Hari ini duty kaunter dari jam 8 pagi sampai 3 petang. Komputer ada 1, hanya Allah saja tahu betapa tahap boring cam cipan dan datang. Hurmm.. Ada hikmahnya juga sistem tu rosak, ni rosak, pelajar ramai, nak itu, nak ini, tanya tu, tanya ni. Kalau tak? sure awal da tidur kat kaunter tu ;) .

Benda-benda yang aku tak suka berhadapan bila jaga kaunter :-

1. Soalan remeh - tanya 2 - 3 kali.
Contoh, dia bayar denda, bila kata da settle, kau tanya lagi 3 - 4 kali, "dah eh kak? btol da ni?
haishh....kang aku kata blom kang..............

2. Soalan ulang tanya sebab tak percaya -
Contoh, nak pinjam DIC, aku kata bahan ni tak ley pinjam.Sebab bahan ref dalaman sahaja.
Pastu wat muke pelik. Kawan saya boleh pinjam! .. aiskk..... sekarang sapa jaga kaunter? sapa
staf? aku ke kau? kalau kau tahu sangat, takyah tanya aku, g je bawak keluar, biar "barrier"
tu bunyi. lol.

3. Bau yang menyesakkan @_@
Aduhai, ni boleh buat aku sakek kepala sampai esok pagi!! ... hmm baek lelaki, baek popuan.
Kalau da tahu badan "berbau" pepandai la letak deodorant ke losyen ke, minyak wangi ke. Ni
kalau masok toilet, Ya Allah, bau lekat dalam toilet ok. Series aku ter***tah kat toilet tadi.
Aku pun tak tahu korang jenis orang yang macam mana. tak der TERbau sendiri ker? haishh

Kalau yang student luar, lagi la.............. dahla dengan bahasa kau aku KURANG faham,
ditambah lagi dengan bau mulut, bau badan! arghhhhhhhhh!! kalau aku pengsan kat situ?
TOLONG jangan TOLONG aku k. =p

4. Kau datang Tempat tima ilmu, tapi ALATULIS tak bawak?
ohhhhhhhhhh!! ni lagila aku malas nak layan. Jap-jap kang..
" kak, pinjam pen"
" kak, nak stapler"
" kak nak pembaris"

rasa nak bagi.........sepatah dua kata jek. Kau datang sini, nak study, alatulis takde. hmm
BIJAK kan? .

p/s : Bile mase aku jadi kakak kau?

5. Kau je la ganti keje aku.
Ni lagi 1 spesis yang aku tak suke. Kau datang pulang bahan, then dalam akaun ada denda.
Pastu kau kata, eh patut takde. Ehhhh!! sooo? sistem TIPU la? kalau manual ley slow talk dik,
masalahnya ni sistem. So?Pastu beria2 bangkang. Siap wat muke. Aku malas dan seboleh-
bolehnya tanak maki orang. So lebih baik aku pass kat officer. huuuuuuuuu!!
" kau je la tahu seme benda kan? =p"

Jam 1 tgh da mengantok tahap cipan dan sis Y. Akuk ley tahan la jugak, sebab layan lagu Orang kampung dari Jimmy Palikat @ sabah, lagu yang kumpulan Zero nyanyi masa lam Raja Lawak. sedap sangat lagunyer. hihihii....... Kadang-kadang aku TERnyanyi kuat la plak! sorry .

2. Syukur

Kadang-kadang, bila da hidup senang, tiada peperangan, tiada kemunduran, makin ramai plak tak bersyukur dan masih saling salah menyalahkan. aku pun pelik. Use ur brain pls. Bila nak kondem sesuatu tu, sila pakai Akal yang allah beri. Jangan ikut emosi. Remember, tak semua yang kita nak, kita akan dapat, dan yang kita minta TAKKAN dapat. Bila Allah kata YA, maka Ya la! bersabar. Sabar itu indah kan?

3. Kurang Sabar

Aku baru je kongsikan tentang cara didik anak-anak. tapi aku pun slowly sedang ikut, tapi kadang-kadang temprature baran aku tu naik mendadak la jugak kan! macam anak aku si ayiez tu. Suda 2 malamdia bikin aku naik HOT. kalo ayam goreng KEPCI Hot n SPicy tu sedap la gaks. Ni HOT temp. huuuuuuu, jam 8.15 malam da mengamok2 nak tido. Tu kes seharian tak tido kat umah BS la tu. Pastu jam 9 malam, aku paksa dia bangun. kalau tak paksa, jam 11 bangun kang, ade esok aku mc pasal sakek pale tak cukup tido. ha ha ha .. =p

Dari jam 11.30 malam aku buaikan dier.. ayun sana, ayun sini, nyanyi lagu " ayiez, ayiez sayang, yang manja sekalim tido tido sayang, siap selawat nabi lagi. " dia bley senyum n gelak2. Ok, jam 12 malam da, 1/2 jam yang sia -sia. huuuuuuuu...tu da kena sekali lepuk. :p Move on to kali ke 4 aku buai dier siap nyanyi dan selawat tu. Dia nak tido dah, ok. Good.Aku pun nak turunkan die dari buai, baringkan atas tilam. Ok, masih tido,. nice. Elok je aku pejam mata, pastu aku hanyut ketiduran, tersentak. Haish. sakeknya kaki aku ni. tengok jam 1. pagi! tengok apa ada di kaki, rupenyer ayiez!!! tengah main berdiri3 atas kaki aku. BOLEH???
Kena lepuk lagi. hhaha sorry.

Aku intai dier.. bila aku bukak mata, dia pejam, bila aku pejam, dia bangun g main. huwaaaaaaa. STRESS mama. Sebab tu la mama ngantok skang neh.

Ehhhhhhh.. Jom! nak g makan Kenney lah~
Good Day kay.

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design