NUFFNANG

FOLLOW ME

Susah ke jadi ' mama'.

Sunday, February 12, 2012 4 Comments A+ a-

Holla reader's!
*macamla ramai reader's kau kan? =p

Xtvt santai petang aku hari ni biasa2 je. Si tetonet demam nak tumbuh gg geraham, so, double tripple sabar harus ada dalam diri aku ni......

Susah ke jadi mama?
For me......... Susah ke senang atas diri kita sendiri, kalau kita suke buat, susah pun jadi senang, kalau kita tak suke buat, senang pun jadi susah. Susah tau....tapi penuh dengan memori yang manis2. Yelah, pengalaman kita bila disahkan mengandung! Wahhh!! Camner perasaan agaknya? Sure macam benda bermain dalam kepala, camner nak harung semua ni? Camner persediaan? Camne cara nak bersalin nanti? Camner nak jaga? Kalau da keje camne? HaHaHa!!

Bila sah preggy, mulalah macam perubahan kita lalui kan? Fizikal tu no.1, kemudian mental, huiii....dengan nak hadap morning sickness, dengan fizikal kembang sana sini.... Tengok cermin, alahai! Ku da DEDEBAB!! :p HaHaHa!! Sepanjang kehamilan, kau nak makan apa? Makanla....kalau makanan tu tak membahayakan kau dan kandungan sure encik somi akan cuba penuhi! Seronok kan? Masa ni la nak bermanja lebih2... Dibawa kita cek up monthly, tgk perkembangan anak, bawa pergi beli keprluan baby... Nak itu, nak ini, nak macam tu, nak macam ni... * tak best ke? =p

Bila da nak dekat due, lagila encik somi selalu dan akan lebih spent time dengan kita. Walopun ada sesetengah encik somi yg kadang2 tak bape nak tunjuk dia concern pada kita kan? Sila la jangan nak kecik ati atau stress. Hakikatnya dia sayangggg kat siterinya, cuma tak reti @ tak pandai nak tunjuk2 :p

Bila da bersalin..... Wah....... 1 dunia baru tau! Yela, dulu berdua, now bertiga, macam mana nak urus baby yg baru lahir neh? Kalau nangis tetengah malam kad wad ni? Howwww???? Haha... Itula yg rata2 mama2 semua lalui. First night with baby. Sweet memori ok. Camner nak bf baby ni... Kat spital sure FM is not allowed. Kau kena usahakan bagi susu badan kat baby kau walo ape cara sekalipun!.. Usaha jangan tak usaha! :p , bila discharge wad, nak menjalani tempoh berpantang pulak... Itu x bole makan, ini x bole makan, duduk sopan2 , kena berbengkung, berpilis, berurut segala BER' :p. Time2 pantang ni, jangan nak stress sangat, kang meroyan lak kangg... Seronok ape ... Berpantang? Time memanjakan diri...kehkehkeh. Tapi jangan ambil kesempatan plak kan!!

Lepas tamat 44 hari, mulalah rutin as 'mama'. Tu belum start keje lagi tau. Tu baru habis perintah berkurung ;). Selepas mak kita jaga kita dalam tempoh 44 hari tu, kita kembali ke rumah sendiri, jalani idup sendiri, kalau sebelum ni mak kita siapkan sarapan kita, makan tengahari kita, makan malam kita, bila balik rumah sendiri, semua kena buat sendiri, kang tengah syok2 masak, baby nangis, nak menyusu ....berhenti la kejap, layankan anak, pastu nak salinkan pampers segala dia... Dugaan kan? Perut lapo neh, masak tak siap2... Ha ha ha! Tu pasti salah 1 dilema. Kang kalo anak tido kita pun tido, bilanya keje kita nak siap plak kan? Da tentu bila dia tido kita jalankan keje rumah.... Penat mengemas , memasak , membasuh tak abis lagi dan kena layan tetonet...... Boleh imagine??

Tu belum lagi kalau tetonet demam, meragam sakek perut segala, konpem mama tak tido malam, atau tido malam terganggu... Percayalah! Sapa kata senang jadi mama? HaHaHa!!...... Tu kalau tetonet je demam? Kalau sekali pakej mama pula yg demam sama2 tetonet? Lagi haruu kan? Sebab ada certain baby kalau demam memang berkepit ngan mamanya je lah! ....... So, bayangkanlah nak layan keperluan dan kehendak tetonet dengan keadaan diri yg tak mengizinkan... Huu... Boleh stress mamanya. :p

Bila da start keje, mana keperluan baby nak kena siapkan before ke pejabat, beg baju dier, bakul susu + botol segala, pampers kena cukop, kena bangun awal, siapkan sarapan kuarga, mana nak iron baju keje, baju sekolah anak.... Hadui....menaipnya saja aku da terasa kepenatannya. Sebab itu bila jumaat tiba, semua working mom lega! Satu beban kurang, tapi tugas dirumah menanti..... Bile nak rehat?? Ha ha ha! Takder fix time rehat kan mama? Agak2 ada peluang curi2 rehat sama anak2 dan keluarga, rehatla, sbb keje kita as mama mmg takkan habisssss................

Seorang surirumah ke, seorang mama bekerja ke sama je penatnya, so...jgn nak banding2kan sangatlah! Rutin je berbeza, tapi tanggungjawab besar tetap sama! Ganjarannya besar sekali. Ikhlaskan diri, insya'Allah dipermudahkan!. Amin Ya Rabb!!

Panjangkan? Ha ha ha ha!!! Joom minum petang!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 comments

Write comments
Noli@Ibu Wafa
AUTHOR
February 12, 2012 at 6:44 PM delete

serius..baca entry nih pon dh penat..hehe..haiii..*fulltime housewife jgk* jenguk cni ;)

Reply
avatar
February 13, 2012 at 1:00 AM delete

hehe... alaa. ciannya dia...semoga cepat sembuh anak akak <3 btw, ibah tak pernah kena chicken pox pulal. tp ibah pernah la kena beguk.

# orang kata kalau da penah kena beguk tak kan boleh kena penyakit chicken pox dah.. sebab penyakit tu datang sekali dalam seumur hidup jee.. hehehe.. itu yang ibah dengar la..

Reply
avatar
ctpayong
AUTHOR
February 13, 2012 at 5:26 PM delete

Assalamualaikum wbt.

Hati2. Selalunya ia diiringi dengan demam panas. Jangan tangguh bawa ke doktor bila deman panasnya luar biasa.

InsyaAllah, kakCT harap baby cepat sembuh.

Reply
avatar