FOLLOW ME

February 13, 2012

[INFO] Chicken Pox

Hari ini nak berkongsi INFO tentang "Chicken Pox"
Memandangkan si tenonet aku mcm da kuar hint2 dijangkiti penyakit ni.
Aduhai, lepas satu, satu penyakitnyer. Nak injek 1 tahun pun tak lepas2 lagi, coz Dr.Sabri kata datang injek 1 tahun pada usia baby 1 tahun 2 bulan, tiap kali plan nak g cucuk dia, dia demam, hohoho! adik takut eh? =p

Hasil daripada sesi TERJAH bersama MRS. GUGEL :

Ada yang cakap virus chicken pox boleh berjangkit bila bintik merah yang berisi air tu mula pecah dan bertukar jadi hitam. Ada yang cakap kumannya akan merebak melalui sentuhan apabila tangan yang menggaru kesan merah dibadan yang terkena chicken pox.

Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.

Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.

Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.

Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi

Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anakku pula, tak ada batuk, dan sakit mata pun, tapi dia demam. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya aku sangka adalah ruam biasa.

Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi

Antara cara merawat demam campak pula ialah :

Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi

Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem (pernah nampak ubat gigi neem? ha.. gambar kat kotak ubat gigi tu lah daun semambu )

Get Well Soon Sweetheart, nampaknya mama cuti seminggu lagi, Awal tahun ni je da hampir 10 hari mama cuti becoz of u. Series. Aku takder pengalaman langsung untuk handle anak kena chicken pox ni, si abang tak penah kena pun.
Get ready je la kan?......... ---__---!!

1 comments:

huda jamil said...

T___T thax for the remind.

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design