NUFFNANG

FOLLOW ME

[ILMU] - Hukum Menyumpah Anak

Thursday, February 09, 2012 2 Comments A+ a-

SEGMEN 1 hari 1 Ilmu # Sumber buku = Wanita Dalam Islam " Kemusykilan dan Panduan "

# PART 1 - Hukum Menyumpah Anak [ page 241 - 242 ]
SOALAN :
" Kadang kala saya memarahi anak-anak saya dengan menyumpah mereka, namun mereka tidak menghiraukannya. Adakah saya perlu menebusnya dengan kafarat? "

Jawapan :


Sekiranya anda menyumpah anak anda dengan melafazkan "Wallahi" iaitu jangan melakukan sesuatu perkara dan melanggar sumpah tersebut, maka anda wajib menebusnya dengan kafarah.


Hal ini berdasarkan ayat Al-Quran yang bermaksud :


Ertinya :

" Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan 10 orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut) , maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - pemeliharalah - sumpah kamu. Demikian Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya. (hukum-hukum agamyaNya) supaya kamu bersyukur"

( al-Amaa'idah, 5:89)
Maksud Kafarat - Denda yang dikenakan kerana melanggar sesuatu peraturan atau hukum agama

2 comments

Write comments
February 9, 2012 at 11:35 PM delete

akak. ibah tak paham laa.. maksudnya?? ape ehh?? kafarah tu?? denda?? er.....

Reply
avatar
N'yue
AUTHOR
February 10, 2012 at 12:12 PM delete

adat duniawi...xcukup dgn apa yg ada..sentiasa ingin labih baik..lebih baik..

Reply
avatar