FOLLOW ME

February 23, 2012

AL-FATIHAH - FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA

tu catatan ayah Faris di laman Facebook nya kira-kira sejam lalu.
(dari blog Mazidul)

FARIZ AMAT KRITIKAL SEKARANG ( 9.43 PAGI INI | 23 FEB 2012)

FARIZ TELAH PERGI BUAT SELAMANYA. - AL-FATIHAH

"Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital"
Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.



"DaripadaNYA kita datang, maka kepadaNYA jualah kita kembali"
itu hakikat hidup ini.

Sebak, sedih, pilu
menggambarkan segala-gala perasaan yang ada dalam hati ini.
Info ini semua ku perolehi dari BLOG MAZIDUL AKMAL

Aku.. tidak mengenali adik ini, aku tidak mengenali keluarganya, aku tidak kenal siapa keluarganya. Aku bertindak dan merasa serta berkongsi kesedihan ini sebagai seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan.



Al-Fatihah.

Tempat mu di SYURGA nak.

QUOTE DIALOG 1

"Pagi tadi selepas subuh, suhu badan Faris turun secara mendadak sampai 26 darjah Celcius. Kecoh masa itu sehingga Faris terpaksa menggunakan warmer," ujar ayah Faris, Shamrulismawi Ismail.

QUOTE DIALOG 2
"Jika Allah lebih sayangkan Faris, saya reda dan rela berbanding melihat keadaan dia sekarang, menderita kesakitan. Doktor melaporkan, paru paru Faris sudah tidak mampu mengembang dan mengempis secara sempurna manakala seperti Mazidul tengok dua hari lalu, hanya 48% daripada udara dari mesin oksigen masuk ke dalam tubuhnya," jelas Sham.

QUOTE DIALOG 3
"Hari pertama Faris dimasukkan ke hospital, ibunya macam hendak pitam. Pada mulanya saya ingatkan kerana dia terlalu kepenatan. Setelah diperiksa oleh doktor, isteri saya disahkan mengandung dua bulan," tambah Sham.


Anak kecil ini kini terlantar kesakitan akibat HLH atau barah darah, dan telah pergi mengadap PENCIPTANYA buat selama-lamanya.

Lihatlah wajahnya ketika sihat walafiat.



Kepada keluarga anak kecik ini :
Bertabahlah. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi anak ini, lebih daripada kasih sayang ibu dan ayah.

4 comments:

Dulu Gadis, Kini Mama said...

innalillah.
tak boleh tgk muka faris berair mata.
*sebak*

Ayumi Comot said...

ya Allah...Maha Suci Allah yg telah mengatur setiap takdir, adik Faris pergi jua...:(

CiK GorGeouS ! said...

takziah buat keLuarga si mati...
siyesLy, tak tahan betuL tengok anak2 keciL yang meninggaL menanggung kesakitan yang orang dewasa pun tak mampu hadap...

EZAD AMIR said...

al fatihah...
kesian dkat parent dia x dpt tgk anak dorg mbesar mcm bdk2 lain...
smoga dorg tabah.

alang2 sy singgah sy follow trus la.

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design