FOLLOW ME

February 8, 2012

Adik & Abang

@ Ref desk.
After  15 minutes duduk sini, takder sape pun datang tanya.. waima tanya ' tandas mana' pun takde........ ngeeeeee... begitulah sunyinyer lebri hari ini. Student masih mood cuti kah? ngeh ngeh ngeh! oklah cmtu.. Klu camtu, ku nak Flashback balik telatah dan kerenah anak-anakku yang berdua itu. Pening paler mama nak oi.. ^^
 
Orang kata tak elok membeza-bezakan anak. Tapi, both anak mesti ada lain perangai yang takleh nak duga. keh keh ....
Bila ingat balik. Aduhai.. anak oh anak!! .. Kadang-kadang buat mama geli hati, kadang-kadang buat mama sakek ati, kadang-kadang mama tersenyum sendiri. ^^
Kamulah pengubat suka duka mama. Mama nangis , korang berdua pun nangis! ape kes?? :D Love u both ketat-ketat
 
Abang, (30 Mei 2003)
Sesorang bayi yang tidak banyak kerenah, saat-saat susah mama dan papa hanya ketika kamu jatuh sakit. Bukan sakit demam biasa kan sayang? Sakit yang perlu diusung ke dewan bedah 2x, sakit yang perlu ditolak masuk ke bilik CT scan 6x, sakit yang perlu dimasukkan air berbelas pack, sakit yang perlu di ambil darah stiap hari pagi dan petang selama 2 bulan! .. Bayangkan? kat mana lagi la perlu dicucuk masuk jarum suntikan ambil darah di tubuh sikecil berumur 4 bulan?.....^^ Pilunya hati seorang ibu, melihat anak kecilnya menjerit tiap kali jarum disuntik ke tubuh kecil itu. Lahirnya cuma berat 2.8kg. Umur 4 bulan, berapa berat dia? Dan sebelum itu demam on n off beserta muntah-muntah yang berlarutan.. sudah pasti susut berat badan!! > sobs! sobs! sobs!! < 2 bulan 1/2 berumahkan hospital, makan berlaukkan masakan kantin hospital. Berbuka puasa berlaukkan lauk hospital. Sedap tak sedap belakang kira, janji aku sihat dan boleh stay up jaga anak.
 
Mujur si kecil itu sangat baik, tidak ditarik2 wayar di badan, tidak berguling2. Baring sebaring-baringnya. =)... Alhamdullillah, Allah beri dia kesakitan, tapi Allah beri dia sifar yang baik, tidak susahkan mak ayah dia lagi. Dia memang anak yang baik, Alhamdullillah, sihat sudah anak mama kan?.. Berkat dengar kata pakar, biarkan diambil sample air tulang belakang, biarkan diambil sample darah, di scan.. akhirnay jumpa puncanya. Ya! ada air terkumpul di selaput luar otaknya, Air itu perlu dikeluarkan, jika tidak akan membantutkan perkembangan otaknya, kepalanya akan membesar dan dia tidak normal. JIKA mama dan papa tidak menurut kata dokter, mama dan papa tidak dapat bayangkan apa akan jadi next episod, Nauzubillah. * Takmau pk lagi * Anak dah sihat, BERSYUKUR seadanya dia. Dokter ada cakap, selepas pembedahan, akan terjadi sedikit efek bila dia semakin dewasa, Ya sayang! mama da nampak da efeknya. Tapi mama ni KURANG SABAR. =) mama akan cuba jadi mama yang sabar sesabar sabarnya untuk kamu hocay!.. ** Biarlah kekurangan kamu menjadi RAHSIA di hati mama dan papa ** wink! wink!
Si abang ni, sangat behave.. kat rumah kami @ Bukit Mahkota, mana ada rak tv sorok2 bayar neh.. ada je bergulung wayar TV belakang kabinet tv, CD rak bersusun kat open rak. Tak penah bersepah. elok tersusun rapi.. smpai orang kata, rumah ko mcm takde anak kecik. Even toy dia pun tak bersepah, lepas dia main susun panjang-pangjang, dia masuk balik toy dalam bakul @ bilik mainan dia,. BEHAVE kan? =p
 
Si abang ni, sampai sekarang.. kalau sakit ke apa ke.. memang tak susahkan mama dan papa dia. Kalau dia demam, bagi makan ubat, dia baring....... diam-diam sorang-sorang, takde nak bermanja-manja sangatlah! .. Tapi kalau bab g soping, MESTI nak bawa balik sekurang-kurangnya 1 barang untuk dia, tak kirelah toy ke, choclate ke ape ke.. janji ada SESUATU. kehkehkeh. Of kos la mama tahu perangai anak mama kan? ... sayang abang apiz ^^ Mama memang selalu marah abang kan? Sebab abang suka buat-buat tak dengar mama cakap. Tapi mama marah semua ada sebab kan? Mama tak pernah pun pukul abang kan? Mama selalu bising je kan? Mama marah kalau abang tak masukkan baju kotor dalam bakul baju, mama akan marah kalau tuala mandi abang tak sangkut, mama marah kalau abang tak kemas bilik. abang da besar kan? Abang da darjah 3 tau! Kalau abang tak kemas elok2.. nanti adik ikut perangai abang, macam mana?........... ^^ sebab tu mama nak abang jadi abang yang baik, jadi contoh untuk adik. ok? ^^
 
Adik (15 Nov 2010)
Lahir 2.2kg.Ni budak banyak manja sangat-sangat. Yelah, GAP antara dia dan abangnya sangat jauh. 7 tahun. Haruslah layanan kepada adik ni macam anak sulong. kihkihkih. =p. Da nampak da perangai super ' NAK - Nangis ' dia tu, maknanya, kalau dia nak sesuatu, dia akan nangis jer, nanti mesti dapat benda yang dia nak tu. huhuhu!! Kenot!! tak boley ajar lagu tu...
huuu. bila da biasa camtu, memang susah ler.. Adik baru berusia 1 tahun 3 bulan. So, banyak lagi benda yang mama dan papa kena ajar adik. Tak boleh semuanya nak ikotkan. U know? Adik ni memang nak kena tau. Dia suka tonggengkan botol susu dia, then penyek²kan puting botol atas lantai, then bila susu atas lantai macam susu tumpah, dia serepahkan lagi pakai tangan. haishhh!! memang mama geram tau!! masa tu memang da jadi 'ORANG IJO'.. haish....... lepas tu bila kita marah dia, " adik, no! , tak boelh buat camtu, dirty!! " dia ley cakap 'no' balik kat kiter, pastu sengeh wat muka tak bersalah! grrrrrr =p
 
Seb baik ko kecik lagi okkkk........ masa-masa kecik ni laaaa mama nak kena start ajar apa boleh, apa tak boleh, kalau dari kecil semuanya boleh, da besar payahla..... Mama nak ajar awak supaya jadi BEHAVE macam abang, anak orang lain mama taknak amik port, macam mana mak pak dia nak jaga, macam mana nak marah, yang penting anak-anak mama. ^^
 
Mengiring / Meniarap : Abang ( 3 bulan 1/2 ) Adik ( 2 bulan 1/2 )
Merangkak  : Abang ( SKIP sbb @ hospital ) Adik ( 4 bulan )
Bertatih : Abang ( 9 bulan ) Adik ( 8 bulan 1/2 )
Tumbuh gg : Abang ( 1 tahun : 2 btg ) Adik ( 6 bulan : 4 btg )
Officially jalan : Abang ( Genap 1 tahun ) Adik ( Genap 1 tahun )
 
Adik da sangat faham bila orang bercakap ngan dia, dan perkataan paling tere is "DAH".
Bila bawa g soping, jalan-jalan pilih barang, dia akan cakap " DAH" , bila papa kata " BELUM " dia senyum. which is dia "FAHAM" la kan? .. after 15 minutes dia kata lagi "DAH" kalau papa kata "BELUM" dia buat muke lagi. kah kah kah! Kau nak ikot, duk diam! mama nak sopeng neh!! =p
 
Bila kita semua makan, dia sibuk 'kecek' dapat sikit pun jadilarrr........ pastu sakek perut! wakaka. nak sangat kan?haishhh!! .....
Adik faham bila mama kata..................
> Adik, keep ur toys.
> Adik, cari botol, mama nak buat susu ni. * tertonggeng2 la dia cari botol.
> Adik, jom mandi,  * tarik2 pampers soh buke
> Adik, jom makan * tarik kusi makan dia.
> Adik, g main dengan abang g.. tros g tepi pintu bilik abang dia, intai abang dia wat per.
 
HABIT : suke sangat mengutip. Seme benda nak masuk mulut, so rumah kena 24/7 bersih. * hadoih.. *
 
Semoga anak-anak mama jadi anak-anak yang soleh ok. Sayang kamu. Mama papa sayang kamu. Marah tu tandanya SAYANG tau.......................... =)
 
Azura, WithLOve 

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design