FOLLOW ME

January 12, 2012

Kasih sejati vs kasih palsu

As-salam, wah, tajuk gempak giler la kan?.
ekceli aku ni ingin berkongsi cerita, adakah wujud lagi orang yg bermain ilmu sihir penunduk bagai untuk 'mengikat' dan 'memegang' pasangan.

Jarang yer kita dengar si lelaki jumpa bomoh untuk 'mengikat' si wanita. Tapi kalau si wanita ' mengikat' dan 'melembukan' lelaki, amat kerap sampai ke telingaku. Haishh..... Zaman makin moden, kenapa manusia ini seolah2 masih berada dizaman jahiliyah???.... Apa?? Tidakkah mereka tahu, perbuatan mereka itu mendatangkan dosa yang amat besar? Percaya kepada perkara syirik?? Apatah lagi 'membodohkan' , 'mengikat' dan ' meyekat' pasangan??

Oh tidak! Tidak tercapai dek akal warasku ini! .. Sampai hati melakukan demikian rupa. Apa lagi yag mereka mahukan? Kepuasan apa lagi yg diperlukan? Adakah mereka berpuas hati, jika pasangan menuruti sahaja kehendaknya? Sedangkan dia tahu pasangannya itu 'dilembukan' a.k.a dibodohkan! Nauzubillah!!!!

Mengapa tidak percaya pada kasih sayang yg abadi? Yang ikhlas, tanpa perlu percaya bomoh?.. Bersekongkol dengan syaitan! ... Sesungguhnya, kasih sayang yang mengikut jalan Allah, insya'Allah bahagia. Ombak dan badai dalam rumahtangga itu adalah lumrah. Tak seronok juga, kalau tak gado kan? :D hek hek hek.

Tidak tercapai dek akal warasku. Apa perlunya perbuatan syirik ini. Apa yang seronoknya?
Suami dah ikotkan segala kemahuan kau. Apa lagi kau nak? Kau nak itu, kau nak ini, kau tak. Buat tu takpe, kau tak masak, takpe, kau malas, takpe.... Apa lagi?? Sabarnya wahai suami kau. Kaki dan tangan je blom naik.... Ya Allah. Kau peliharalah sahabatku. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pada aku, kasih sayang sihir ni tak kekal mana. Yelah, bersekongkol dengan syaitan. Kalau sayang, watpe kau bodohkan dia? Sayang ke macam tu!!! ......semoga kau mendapat hidayahNYA.

** malamku yang emo.....still tak dpat jawapan. Kenapa perlu main @ gunakan bomoh!?!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design