FOLLOW ME

January 14, 2012

HaTi

Assalamualaikum,
Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak.
Oh! berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Adik tetapla adik, emak ayah tetap la mak ayah, tempatnya diatas sekali dalam seluruh keluarga. Along tetapla along. Sana perlu dijaga, sini perlu dijaga.
Mengapa semua ini terjadi?
Tak perlu aku katakan punca salah didikan, kerana apa? Dia sudah dewasa, seharusnya bijak berfikir mana baik dan mana buruk bukan?

Air dicincang tidak akan putus, jangan risau, along tetap disini, along tetaplah along, kakak tetapla kakak. Jangan sesekali katakan kamu tidak punya sesiapa. Kakak ini tidak menyebelahi mana-mana pihak. Kerana keduanya kakak sayang. Tersemat dihati ini, seribu kali sayang, jika perlu pertaruhkan nyawa, kerana ibu dan ayah, kakak sanggup. =(

Adik,
Sebagai manusia biasa, tentunya kita ada, kerapkali melakukan kesilapan, Terkadang kita alpa. Kita terlalu 'enjoy' dengan persekitaran kita bukan?.
Adik,
Sudah beribu-ribu kali adik katakan mahu berubah, tetapi mengapa adik tetap mengulangi kesilapan lalu?
Adik,
Jangan sesekali adik katakan adik sudah tidak punya sesiapa. Habis, kakak ini siapa??
Adik,
Tolonglah buktikan pada kakak, adik juga seperti orang lain, jadilah manusia berdisiplin, amanah, jujur dan boleh berfikir dengan waras.
Adik,
Jaga kerja adik elok-elok, kumpul duit, then kawin dengan sibuah hati, Insya'Allah bahagia. Amin.
Adik,
Usah pening-peningkan kepala adik dengan perkara remeh-temeh, jika suda 'A' kata mereka, itu adalah kata putus, sila lah adik menjaga diri adik ya!

Ibu & Ayah,
Terkadang gugur airmata ini, mengapa ini berlaku. Kakak sangat faham dan amat maklum tentang keadaan ibu dan ayah. Pening memikirkan tentang 'adik' . Kakak terlalu banyak kenangan dengan adik, berniaga dengan adik, jalan kaki pergi sekolah dengan adik. Adik tetapla adik kakak, wahai ibu dan ayah. Izinkan kakak tetap bersama-sama adik. * oh!! gugur airmata kakak.
Kakak tahu, terlalu banyak silap dan sikap adik yang mendatangkan kemarahan ibu dan ayah. Kakak tahu, adik terlalu banyak membebankan ibu dan ayah, sampai 1 ketika ibu dan ayah tidak boleh lagi menerima kehadiran adik. Kaka faham kenapa ibu dan ayah membuat keputusan demikian rupa.

Ibu dan ayah jangan bimbang, anak tetap anak bukan?.... Jika apa-apap berlalu, adik sakit ker, kakak akan tetap beritahu ibu dan ayah. Begitu juga jika ibu dan ayah tidak sihat. Hubungan itu tidak kan putus sama sekali ibu dan ayah! ...Di dunia ini mungkin tidak ketemu. Tetapi, Allah tetap akan menyatukan kita sekeluarga di akhirat kelak. Insya'Allah.

Buat adik-adik kakak yang lain,
Belajar menghormati perasaan orang lain yer adik-adik kakak, jaga tingkah laku, jaga perbuatan, jaga pertuturan, kelak kamu juga punyai anak. Bukan mendoakan sesuatu yang tidak baik, kakak sekadar memberi ingatan. Dunia ini berputar, sekejap kita senang, sekejap kita susah. Semoga kan baik-baik sahaja semuanya.

Buat adik,
Jaga diri, jaga kerja.
kakak tetap disini.

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design