FOLLOW ME

January 16, 2012

Cerita tentang AKU = Part 1

Ni semua flashback aku. Semua tentang aku.
Aku dilahirkan dekat Kg.Bumi Hijau - Kampung Pandan.Key-Ell. Kau ada?? muahahah
Entah wujud lagi ke tak la kampung tu kan?....hurmm..
Abah masa tu penuhkan xtvt wiken dengan main takraw... Mak pulak, buat kuih antar ke kantin, makanan dekat tadikan 'makan aku pun mak yang buat. muahahhaah =)
Teringat masa tu, abah mak duduk setinggan area. kira setinggan la tukan? sebab rumah 1-1.. rumah papan.
Teringat masa dulu dalam jam 2 petang, aku umo 5 tahun ada ular sawa masuk rumah ikut dapo.. mak angkat aku letak aku atas 'gerobok'
Ular sawa tu bapak besar ok.. ** yela, masa tu aku 5 tahun, kecik amat. Depan mata aku, aku tengok ular tu makan anak ayam. Da kenyang, berlingkar dekat dapor rumah. Masa tu mana ada handphone bagai nih................. tunggu ayah balik jam 4 petang.


Terkejut ayah, tengok aku dengan emak atas gerobok. Ayah cepat2 naik moto, tak lama lepas tu, ada orang bomba datang rumah, keluarkan ular yang kekenyangan tu. Mungkin sebab tu juga aku FOBIA dengan ular ni. huhuhuu *** ueww meremang bulu roma okeh... aiyark.

Aku sekolah tadika Agama a.k.a Tadika makan. Pagi-pagi pergi sekolah, bernasyid, baca doa segala doa, dan makan makan makan, he he he ! seronok amat. Baju tadika aku kaler Hijau. Teringat ustazah Sa'adiah, dia baik sangat. Selalu bagi aku karipap tanpa inti. hik hik hik.. * pedas ok inti dia.. huuuuuuuuu..

Ustazah sa'adiah juga bertanggungjawab mengajar aku Al-Quran sampai aku khata, Al-Quran sebelum masuk darjah 1. Terima Kasih ustazah!! >:D:< ** hugss
Sekolah rendah, aku sekolah dekat Sekolah Rendah Gombak Setia, masa tu mak abah dah tak duduk Bumi Hijau lagi, dah pindah Taman Melati Setapak. Abah beli rumah dekat situ. Rumah flat tingkat 4. Aku ada 2 kawan baik, kakak Sufarizan dan Elmi nadia. Kenapa aku panggil kakak aku pun tatau, walhal kami sebaya jer ........ ngeeeeeeeee..... Aku rindu Sufarizan dan Elmi Nadia, rindu sangat. Lost contact lepas aku pindah Bangi. =( ...


Masa sekolah rendah selalu abeskan duit pergi kedai pak tam. Beli cikedis, beli eskem Malaysia, beli jajan la itu ini, dingdang. Muahahahah........
Pergi sekolah pagi, naik van pak man. Van buruk giler ok. Kaler putey. Kehkehkeh.... Laju giler pak man bawak. Penah langgor divider, smpai kitorang seme lam van berlaga kepala sesama sendiri... He he he. Pastu gelak! :D Dulu, aku sekolah rendah sesi pagi, balik je sekolah, pak man turunkan aku depan gerai kopok leko abah.


Aku ingat lagi, abah goreng je kopok, kopok ilang, abah bising, muahahaha, tu seme keje akulah, duduk dlm gobok gerai abah, perabis kopok jualan. Haiyaaaa....seronok sangat. Tolong abah niaga kopok lekor..he he he... Abah soh belajar pulangkan baki duit. Ala, yg selalu beli pun kawan2 aku jek.... " Acikwan, kopok leper sehengget"....dulu beli kopok lekor, kalau sehengget ley dapat banyak! Skang ni....hurMmmmm.......

Darjah 4 aku kena tuka skolah, dari Gombak Setia ke Sekolah Rendah Jalan 6, Bandar Baru Bangi. Sejak itulah aku lost contact dengan Elmi Nadia dan Sufarizan, ....... Hope aku dapat la jumpa mereka 1 day. Apa la khabar semua kawan2 aku kan??....

TO BE CONTINUE ♥
# Part Sekolah Rendah ke Sekolah Menengah + Mak Sakit + Berniaga


0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design