NUFFNANG

FOLLOW ME

My Resepi : Masak Lemak Ikan Masin Talan Bersama Nenas

Monday, December 05, 2011 0 Comments A+ a-


** Gambau hiasan makcik GUGEL ** maklumla gelojoh.... siap masak jek balun... tak dan nak snap ka apa ka....hak tuih ;p

Cara pembuatannya :-

BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan masin talang
1 biji nanas sederhana besar - piley ijo ijo sket yerk!
2 cawan santan pekat
5 biji cili api
1 batang serai dititik
2 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
1 keping asam keping
* Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikir saja air

CARA MEMASAK:
1) Rendam ikan masin seketika dan kupas nanas dan potong menyerong jangan potong terlalu nipis kemudian tos ikan masin.
2) Tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit hidup sampai lumat kemudian satukan serai , santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk kemudian masak diatas api yang sederhana besar sampai kuah agak mendidih. Masukkan ikan masin dan nanas kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan nanas menjadi empuk serta masak.

Ni adalah salah satu resepi FAV aku dan somi.
Klu aku masak ni, aku perabis nenas, dia perabis kuah dengan ikan masin.
hahah =p jimat kan! :D

Selamat mencube!