FOLLOW ME

December 6, 2011

Lasagna Ayam

Nak kata gile masak tu tak la..
Cuma suke try benda baru , MUNGKIN baru bagi aku,
LAMA dah makan benda alah tu di Restoren, cuma BARU nak terai
masak kat DAPO sendiri.
 
=)
 
For the first time : berjaya gak buat "Lasagna Ayam"
Meh aku nak share a simple menu but its work! .
Kos belian nak buat seme bahan ni RM 30+
Keju la mahal sket.. hohoh..
 
Bahan-bahan dier untuk 2 orang :-
 
> 1 bungkus daging / ayam kisar
> 1 tin sup tomato
> 1-2 tin sup cendawan
> 1 botol bolognese souce ( brand maggie dlm paket je aku pakai.. sodapppp )
> 1 tin cendawan butang
> 1 paket mozarella cheese
> Italian herbs
> garam dan lada hitam
> 1 biji bawang besar ( potong dadu)
> 4 ulang bawang putih ( potong dadu)
> 1 kotak kepingan lasagna ( tak perlu rebus dulu )
 
Cara nak masak dier :-
 
* Bawang besar dan bawang putih ditumis
* Masukkan daging / ayam cincang , goreng sebentar. Masukkan sos bolognese, garam, lada hitam, Italian herbs, dan cendawan.
   ( Masak sampai hampir kering, jangan terlalu cair yer!! - berair je lasagna ko kanggg =p )
* Sediakan baking dish , before tu, sapu sket butter kat keliling bekas.
* Taburkan 1 lapisan nipis daging kisar dalam baking dish.
* kemudian letak 1 kepingan lasagna. Pastikan seluruh lapisan daging tadi ditutup.
* Di atas lapisan kepingan lasagna, letak plak satu lapisan sup cendawan
* Di atas lapisan sup cendawan, letakkan 1 keping lasagna
* Atas kepingan lasagna, letakkan sup tomato.
* Atas lapisan sup tomato.. ulangi langkah letak lapisan, dari daging sampai sup tomato. ** smpei abes bahan ko kan? =p
* LAPISAN ATAS SEKALI adalah LAPISAN SUP TOMATO
* Di atas lapisan sup tomato, taburkan mozarella cheese ( lagi banyak lagi sedap ) , Taburkan Italian herbs di atas cheese! Yummmmeh!!
 
KEMUDIAN
 
Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 15-20 minit. Nak tahu camner da masak? Try cocok bahagian tengah hingga ke bawah.. kalau kepingan lasagna tak keras , maknanya LASAGNA da MASAK.. dannnnnnnnnn PASTIKAN CHEESE tak hangus yer! . kahkahkah!!!
 
*** Macam mudah....... kan?
Selamat mencube!!
ai nak buat lagi.. yummy yummy yummyyyyyyyyyyyyyy
 
 
 Azura,
With Love, 06122011
 

2 comments:

zuliana abd rahman said...

alahai mak jemah, gambonya mana?dah excited nak mencuba ni.Ni dah tentu kes tak sabo-sabo nak makan ni ek

♥ azura wif lurvee ♥♥ said...

haha. tahu takpe.. haku ni takder kesabaran nak ngap ;p . next time will uploads pixca :d

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design