NUFFNANG

FOLLOW ME

Sharing is Caring

Friday, September 09, 2011 0 Comments A+ a-

Mari kita fikir dan fahami.

ALHAMDULLILLAH
Alhamdulillah aku masih mampu mandi sendiri sebelum orang mandikan aku.
Alhamdulillah aku masih mampu pergi ke surau sendiri sebelum orang mengangkatku ke surau..
Alhamdulillah aku masih mampu sholat berjama'ah sebelum jama'ah sholatkan aku.
Alhamdulillah aku masih mampu sholat dibelakang imam sebelum aku disholatkan dihadapan imam..
Alhamdulillah aku masih mampu membaca yasin sebelum orang membacakan aku yasin.
Alhamdulillah aku masih mampu menziarahi kubur sebelum orang menghantarku ke kubur

CER ULAS :-
"Benarkah anak muda lebih bersifat ‘anti-sosial’ apabila lebih selesa bertemankan gajet seperti iPad, mndgr lagu di iPod, melayan SMS di tlfoon bimbit, melayari lmn sosial atau bermain permainan video menerusi laptop ketika beraya berbanding melayan tetamu atau bermesra bersama keluarga? Tidakkah ini menjejaskan seri Aidilfitri itu? Apakah anda sedemikian? Jika ya, bagaimana anda membahagikan masa mlyn gajet dan bermesra dengan keluarga atau shbt handai?"

- Komen 1 = mak bapak patut ketuk anak dia dgn gadjet tu
- Komen 2 = ada pro and kontra..yng penting kesedaran dalam diri sendiri

NILAI HANTARAN
Share from :
Asyraf Ibrahim

IQRA' & Muqaddam : RM1000
Al-Quran tp tak khatam : Rm3000
Al-Quran khatam skali : Rm5000
Al-Quran hafal dimulut siap leh tafsir + hadis2 = RM10,000
Al-Quran hafal di mulut siap leh tafsir + hadis2 + pandai masak + pandai layan suami zahir dan batin + Akademik mantap + bekerjaya = RM50,000 pon sanggup...

- komen 1 = Klu belajar smpai PHD sekalipun, belum pasti pandai melayan suami zahir & batin, belum pasti LULUS A - bidang masak memasak dan mengurus rumahtangga.. ^_*

- komen 2 = tp yg notice lately ni kan zura.. org laki cri yg cun, berkerjaya, org kuar univ...etc... cam kita2 ni not in the list kot....huhu :-D

- komen 3 = Bila dunia dijadikan ukuran itulah maharnya mahal tp menguruskan rumah belum tentu dek dah terbiasa bibik buatkan semuanya, wallahualam

- komen 4 = sbb tu wanita patut diukur dari segi akhlak peribadinya, ilmu agamanya, amalannya, sopan santunnya, bukannya berapa tinggi pencapaian akademiknya sbb belum tentu lagi tinggi pencapaian akademiknya, lagi tinggi tatasusilanya :D

- komen 5 = i like wanita walaupun tak berapa nak tinggi pencapaian akademiknya tapi memiliki peribadi yang mulia sbb itulah yg menjadi tiang kepada kebahagian dunia dan akhirat. kalau blajar jer tinggi, gaji besar tapi besar kepala, melawan cakap, tak boleh bertoleransi, camne rumah tangga nak bertahan :D kene ingat, dosa isteri suami yg tanggung, so kalau mende baik yg dinasihatkan suami, dengar jer, kalau tak boleh terima sila diamkan sahaja sbb takde syurga bg isteri yg derhaka. betul tak?

- komen 6 = pandai masak + sopan santun + pandai layan somi + hormat somi dll yang swaktu dengannya kira dapat 4 flat la kan? huhuhu

NILAI HANTARAN - MONEY $$$$$
Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000

- komen 1 = rata2 semua skarang majority degree. kalau simpan rm 500 sebulan, dalam 30 bulan boleh la kumpulkan duit hantaran je. duit kenduri plak lagi rm 500 sebulan, so 30 bulan lagilah. so kene tunang 5 tahun dulu sebelum kawin. tapi seperti mana inflasi naik setiap tahun 5%-10%, maka kita letak extra 2 tahun. so bertunanglah 7 tahun. ini adalah kira2 tanpa membuat pinjaman peribadi, ah long dan juga menang loteri (haram nih) dan juga tanpa bantuan keluarga.

- komen 2 = simpanan selama 30 bulan, 500 sebulan, klu gaji 1k, makan minum, pakai, tempat tingal. mau tak ganti spender :p hahahah

- komen 3 = alamak, aku lupa barang2 hantaran. so tambah lagi 30 bulan. cukup 10 tahun tunang.

- komen 4 = tapi nanti tak grand camne? kawin sekali jek seumur hidup. haruslah ada kenang2an yg indah. ini adalah ayat2 power yg akan muncul.

- komen 5 = hahaha. lepas tu TANGGUNG sendiri. konpem PK sampai tertonggeng2 mano nak korek duit. sebab tu ALONG muncul bersepah2 . Sebab ada yang nak berbelanja melebihi kemampuan..

- komen 6 = aduih.... hantaran mahal2 buat apa? menyusahkan org nak mendirikan masjid. patutnye kerja yg baik ini menyenangkan.

- komen 7 = tiada masalah kalau laki dan perempuan beserta kedua2 keluarga memahami dan berbincang mengenai status kewangan kedua2 pihak. sedara2 pon kene faham jugak. jgn asyik nak membakor je kejenyer.

dan banyak lagi komen ^_*

ADAKAH KAMU SETUJU?
~Kesetiaan wanita diuji ketika lelaki itu tidak memiliki APAPUN dan kesetiaan
lelaki diuji apabila dia memiliki SEGALANYA....~

= Dis is fact.

- komen 1 = kesetiaan wanita diuji ketika lebih dari SEORANG lelaki menyintainya..kesetian lelaki lebih MENDALAM apabila isterinya mengikut SYARIAT Allah taala.....

- komen 2 = woo. dalam maksud ni..

INGATAN

Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PERCIKKAN API NERAKA. Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah @pakaian MENUTUP segala aurat yang yang DIJAGA drpd berendam dalam LAUTAN NERAKA. Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh kebawah dada daripada DIGANTUNG rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita. WANITA dicipta bukan untuk dikagumi banyak lelaki, TETAPI untuk seorang lelaki bernama SUAMI.

SOAL USTAZ

Soalan : ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang2 tibe2 je rasa sedih tanpa sebab?. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih?. Kadang2 bila bangun pagi rasa sedih, kadang2 rasa macam rindu. Tapi tak tahu rindu pada siapa.

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus : Perkara biasa. Hati perempuan memang halus, hanya lelaki sejati yang mampu menjadi penawar. ^_*