FOLLOW ME

August 15, 2011

Imbuhan Tahunan a.k.a Bonu$$$$

Waaaaaaaa.. dis year dapat bonu$ 1/2 bulan gaji.. ma$yuk ar kan? :p
$yukur Alhamdullillah......Da beberapa tahun ni dapat RM500.. tu pun Alhamdullillah.. ada dari tader kan? :p

okey.. ni aku $hare $ikit info :

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2011
IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI TAHUN 2011



PELAKSANAAN
Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini diberi kepada semua pegawai


Perkhidmatan Awam Persekutuan yang masih berkhidmat pada 8 Ogos 2011,
tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat genap satu (1) bulan
perkhidmatan dalam tempoh 1 Januari hingga 8 Ogos 2011.


Pegawai Yang Layak

a. pegawai tetap, sementara, Pekerja Sambilan Harian, contract of service,
contract for service dan guru sandaran


b. pegawai yang bercuti separuh gaji

c. pemandu yang dilantik oleh pegawai Jawatan Utama ‘B’ dan ke atas
serta Gred Khas ‘A’ dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak
disediakan pemandu oleh jabatannya


d. pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Yang Arif
Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen
(Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971


e. pegawai contract of service yang putus perkhidmatannya selama satu (1)
hari sebelum disambung semula kontrak perkhidmatannya.



SYARAT PEMBAYARAN
Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi dibayar kepada pegawai yang
masih berkhidmat pada 8 Ogos 2011. Perkiraan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi adalah tertakluk kepada genap satu (1) bulan perkhidmatan yang
bermaksud genap satu (1) bulan kalendar iaitu Januari hingga Julai 2011.

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi dibayar berdasarkan gaji bulan
Julai 2011 atau gaji akhir yang diterima dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Julai
2011.


Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi akan dibayar pada pertengahan
bulan Ogos 2011.

Anda kategori mana ? Klu da memang bekerja tetap.. so. DUN WORRY LAH.. yang beznya.. kawan-kawan yang keje sambilan pun ma$yuk gak$ ... ehehhee

Berjimat Cermat yer kawan-kawan........... :P
p/s : bagi kakitangan opis ai : gaji + bonus kita ma$uk pada hari Jumaat ni... 18 hb.. weeehoOOooooo

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design