NUFFNANG

FOLLOW ME

Pari-Pari Syurga

Saturday, April 16, 2011 5 Comments A+ a-

Al-fatihah.

TAKZIAH , kesedihan kamu, kesedihan kami juga, Berat bahu kamu memikul, berat beban kamu tanggung, tidak dapat kami rasai, Terimalah ujian ALLAH ini dengan redha. Pari-pari kecil ini, menanti kamu dipintu SYURGA. Insya'Allah.

-

-

-

Sedih aku bila dapat tahu pemergian baby Mya pada usia 3 bulan 21 hari kerana tersedak susu di rumah pengasuh. Ya Allah, tak dapat aku bayangkan kesedihan yang ditanggung ibu bapa arwah. Adakah aku setabah itu? Mampukah aku menanggungnya? Tuhan sahaja yang tahu.

-

-

-

Dari DIA kita datang, padaNYA juga kita kembali. Semoga baby Mya ditempatkan dikalangan insan yang solehah, Jaminan Syurga sudah pasti buatmu sayang. Tunggulah ibu bapamu di pintu syuga. Menitis air mata ini bila mengenangkan.

-

-

-

3 Bulan 21 hari? Sembilan bulan sepuluh hari di dalam perut ibumu. 3 Bulan 21 hari melihat dunia, itu sudah tercatat , ..KALAU.. KALAU...hurm.. * sedey * ......

-

-

-

Allahhuakbar!! ....Kerana kelalaian manusia, orang lain tanggung derita, * kalaulah * ........ Aku tumpang simpati, bersedih atas pemergian baby Mya yang cumel. Bersabarlah mama Mya. Semua sudah ketentuannya. Kita berdoa dan berdoa, semoga arwah tenang aja di sana. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

-

-

-

Aku.. sedang risau, bayiku, ayiez selsema, berkahak, doc kata 'asthma' .. huhu, harus berjaga². Semoga semuanya kan baik-baik saja. Biarlah mama kamu ini tidak cukup tidur, biarlah mata mama kamu ini membengkak, biarlah kepala mama kamu ini pening dek tak cukup tidur, asalkan mama boleh mendengar gelak tawamu setiap hari. @_^ .

*

*

*

*

*

*

*

INFO : KENAPA BAYI TERSEDAK SUSU?


1. Fisiologi bayi Ianya berkaitan dengan keupayaan bayi untuk menelan. Ibubapa perlu tahu yang keupayaan bayi untuk menelan berbeza mengikut peringkat umurnya. Pemberian susu yang berlebihan melalui pengaliran susu pada lubang puting susu yang tidak bersesuaian dengan peringkat umurnya bakal membahayakan diri bayi.


2. Cara pemberian susu Pastikan bayi berada dalam keadaan tenang ketika menyusu. Reaksi bayi seperti menangis atau ketawa boleh mendatangkan risiko bayi tersedak susu. Elakkan mengagah bayi ketika bayi sedang menyusu. Kedudukan kepala bayi juga harus diambilkira. Tinggikan sedikit kepala bayi dari badannya dengan mengalas kepala bayi dengan tangan ataupun bantal.


3. Penyakit asma Bayi yang mengidap penyakit asma lebih berisiko untuk tersedak susu kerana sering mengalami sesak nafas. Yang pasti.. apa pun puncanya.. kelalaian bakal mendatangkan kemudaratan. Pantaulah bayi ketika bayi menyusu dan selepas menyusu.


Info : Semekar Kasih.~

5 comments

Write comments
Elin
AUTHOR
April 16, 2011 at 4:33 AM delete

sedihnyer klu dgr pasal baby ni. Time baca ni pun da sebak.. Al Fatihah utk bb Mya.

Reply
avatar
DiriKu
AUTHOR
April 16, 2011 at 10:05 AM delete

Alfatihah...sudah ketentuanNya

Reply
avatar
Yan
AUTHOR
April 16, 2011 at 11:14 AM delete

sedihnya dengar..sebab tu baby kena sentiasa diperhatikan time menyusu..

Reply
avatar
CikHaniBhulat
AUTHOR
April 16, 2011 at 3:32 PM delete

sian baby tu dia xsalah...

Reply
avatar
Cik E
AUTHOR
April 19, 2011 at 12:20 AM delete

innalillah..sedihnya..

Reply
avatar