FOLLOW ME

April 25, 2011

Jadi contoh.

Hari ni, posting merapu je. Takder kene mengena ngan idup atau pun yang da pegi. Juz jadikan iktibar, panduan dan pegangan kalau sesuai. ^_^

Jika kamu adalah seorang ibu @ bapa.
---> jadilah contoh yang terbaik buat anak-anak kamu. Janganlah kamu hanya bijak memarahi, memberi arahan semata-mata. Kelak anak-anak bukan hormat kamu kerana kasihkan kamu, tetapi kerana mereka takutkan kamu.

---> Jika kamu mahu anak-anak kamu berjimat cermat, haruslah kamu mengajarnya. Jangan kamu tunjuk perangai boros kamu terhadap anak-anak kamu.

---> Jika kamu mahu anak-anak menghormati kamu sebagai orang tuanya, janganlah kamu mengasari orang tuamu. Janganlah kamu mengata tentang orang tuamu dihadapan anak-anakmu.

Jika kamu seorang bos @ Ketua.
---> Jika kamu mahukan staf kamu hormati kamu, haruslah kamu hormati haknya juga. Dia juga manusia.

---> Jika kamu mahu staf kamu respek akan kebolehan kamu, jangan kamu tunjuk kebodohanmu, tetapi jangan pula kamu angkuh untuk bertaya dan belajar.

---> Jika kamu mahu staf kamu berdisiplin, janganla kamu tunjuk sikap tak berdisiplin kamu itu, jangan bila kamu buat, semuanya tak apa, boleh je, bila staf kamu buat, kena tindakan.. haruslah kamu menjadi contoh.

Jika kamu seorang peniaga.
---> Janganlah kamu menipu kastemer kamu dngn meletakkan harga yang mahal, jual makanan busuk, basi, timbang tak ikut berat dll. Kau ingat.....bile kau buat camtu...semua rezeki kau berkat?? Lu pikir la sendiri!

Jika kamu seorang pekerja.
---> Janganlah kamu mencuri waktu keja. Orang balik jam 5, kamu balik jam 5, waktu ngular kamu tak dikiraaa?? Orang tunggu gaji 25 hb.. kau tunggu gaji pun 25hb... tapi kerja kamu?? benarkah betul² kamu buat sampai 25 hb?? layakkah kamuu???

Jika kamu seorang kawan yang baik
---> Perlukah kamu mengadu domba dengan orang lain tentang kawan kamu itu?? .. Seharusnya kamu bersemuka dengannya.

Adakah kamu seorang yang baik??
Hanya kamu yang mampu menjawabnya.

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design