NUFFNANG

FOLLOW ME

Mak dan Anak

Sunday, March 20, 2011 0 Comments A+ a-

As-Salam,
Bila anak da sekolah ni kan, akan ada homework.. BETOL?
Kalau setakat homework Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
boleh la nak ku bantu-bantu a.k.a talian hayat kannnn =p

Tetiber nak tanya keje sekolah tang Arab. adeh!! mama, memangla keje dikelilingi ngan buku-buku arab nakkkk oiii, tapi belum belajo lagik. keh3x ... *salah siapa? jeng! jeng! jeng!! =p ...

So! haruslah aku menstudy perkatan-perkataan ringan dalam bahasa arab like, sekolah, kerusi, makan, anggota badan, bla bla bla.. heheh, nak seribu daya, tanak seribu dalih betoL? ..sambil ajar anak, sambil aku bertambah ilmu.. yeah! ... wink wink ....

Kesihan juga anak aku gayanya ke sekolah.
Sekolah agama sesi pagi - 8.00 - 11.00
Sekolah keb sesi petang - 1.25 - 6.30
Sekolah petang kalau ada tasmik - 12.00 - 6.30

huuuuuuuuuu, tak ke lembik badan budak? tak cukup rehat.. cmner belajar nak masuk otak?.. hoho! denga beg berat macam bawa beras 5 kilo... keh3x.. sian sian budak laaaaaa ni. =p
Homework tentulah buat wiken, tapi time wiken tu la dia nak rehat pun.. haha! hari sekolah biasa, balik sekolah je pengsan... tak done makan semua.. alahaiiiiiiiii anakku...