FOLLOW ME

March 16, 2011

Aku Ingin Pakai Tudung Juga ^_@

Kisah untuk diambil iktibar di petang Rabu.....

Angah memandang cermin, tudung yg baru diacu kekepalanya memang sesuai dengan raut wajahnya." Ayunya aku bertudung macam ni". Perasan Angah di depan cermin serorang diri.

Tok! Tok! Tok! Pintu biliknya diketuk. Angah cepat cepat menanggalkan tudung dikepalanya dan membuka pintu....

"Kau buat apa tu ngah, mama panggil kau banyak kali tak dengar? Apa tu kat tangan kau?" Mama Angah bertanya.Angah tersengih, dia menyorokkan tangannya kebelakang. " Bak sini Mama tengok!" kata Mama Angah.

“ Tudung? Buat apa tudung ni?” Suara mamanya semakin tinggi.

“Pakailah Mama, Angah nak pakai tudung. Ayu ma, biar angah pakai tudung.” Suara Angah lembut memujuk.

“ Hishh mana kau dapat tudung ni? Ni kalau bapak kau tahu, teruk kau kena. Bak sini! Mama dah kata tak boleh pakai tudung, tak bolehlah. Kau faham tak? Dah cepat turun makan….yang lain dah tunggu” kata Mama Angah.

Angah menjeling kearah mamanya, bila tudungnya itu dirampas. Susah payah dia beli tudung itu, Mama dia yang ambil. Angah ke cermin dan membetulkan rambutnya yang kusut akibat menanggalkan tudung tadi. Kakinya berjalan menghentak tanda protes.

Mulut muncung dan muka kelatnya dibawa ke kolej.

“Ngah, kenapa ni? Dari tadi aku tengok kau senyap jer. Muka masam mencuka. Kenapa ni?” tanya Qistina.

“Aku marah sangat dengan Mama dan Bapak aku tu, dia tak kasi aku pakai tudung. Masa aku test tudung tu, mama masuk bilik aku dan rampa tudung yang aku baru beli tu. Mana aku tak geram” Rungut Angah.

“Ala kau ni, sabarlah. Pelan-pelan pujuk mak bapak kau tu. Lama lama nanti diaorang oklah bila tengok kau pakai tudung nanti. Dah jangan risau. Lepas koleh ke rumah aku. Aku banyak tudung yang aku hanya pakai sekali dah kau boleh ambil.” Pujuk Qistina.

“Betul ke ni Qis? Sayang kau.” Angah senyum lebar.
“Betul, baju kurung aku pun nanti aku bagi kau.” Janji Qistina.

Hati Angah terubat sikit dengan kebaikan kawan kolejnya. Tak sabar dia nak mecuba baju kurung dan memakai tudung. Dirumah Qistina tiada siapa kerana mak ayah Qistina bekerja. Angah begitu teruja dengan pemberian baju kurung dan tudung dari Qistina.

Angah mencuba baju tudung dan tudung yang diberi Qistina, kemudian dia berdiri depan cermin menggayakan bagai model busana. Angah tersenyum lebar. Inilah idamannya selama ini. Angah memandang frame foto Qistina berbaju kurung dan bertudung, cantik betul dan tak ubah seperti Muslimah. Sekarang dirinya pun tak ubah seperti Qistina. Angah bertekad dia tak mahu menanggalkan baju kurung dan tudung ini, dia akan pulang begitu.

“Wah cantiknya kau Ngah. Kau suka tak baju kurung dan tudung aku bagi tu?” tanya Qistina.

“ Apa pulak aku tak suka. Aku suka sangat, sayang kau Qis. Qis, aku akan balik pakai baju macam ni. Aku akan hadapi Mama dan Bapak aku.” Tekadnya pada Qistina.

Hatinya berdebar sebaik sahaja sampai dirumah, kereta di porch menunjukkan bapakknya sudah balik dari pejabat. Angah melangkak masuk kedalam rumah.

“Assalamuailaikum,” Angah member salam.

Angah!!!!!” PANGGGGG!!! Angah ditampar bapaknya.

“Apa ni bapak? Angah dah lama nak bertudung, Angah akan terus bertudung. Biar Mama atau Kak Long tak nak pakai tudung, entah nak jadi apa ntah. Angah tetap nak pakai tudung.” Angah tegas dengan pendiriannya.

“Ehh!! Aku ni tak kasi kau bertudung sebab tudung tu bukan untuk kau! Nama kau bukan Sabrina tapi SABRI. Kau anak lelaki, bukan anak perempuan. Kalau kau perempuan dah tentu aku tadah tangan bersyukur kau nak jadi Muslimah sebenar, tapi kau tu LELAKI ngah! Dah! Pergi buka baju dan tudung ni. Pergi pakai baju melayu dan songkok kalau kau rasa kau nak ALIM sangat!!” tengking bapak Angah.

The End
Source: Majalah Ujang. Edisi 397, 1st Febuari 2010.

Thanx geng MIYUBI

3 comments:

Lizzie Yasmin said...

Lor... sume orang kene tipu lar nie.... huhuhuh,... dah nk maki mak bapak dia dah.. huhuuhhu

waalllaa! said...

muahahaha..lawak2 sabri nie..tapi ada tau org camni..rela kot lelaki tu pakai tudung semaat2 nk jadi perempuan..kira dia jadi bapok muslimah la..hehe

waalllaa! said...

muahahaha..lawak2 sabri nie..tapi ada tau org camni..rela kot lelaki tu pakai tudung semaat2 nk jadi perempuan..kira dia jadi bapok muslimah la..hehe

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design