FOLLOW ME

December 6, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 1432H


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa akhir tahun ini dibaca pada akhir waktu Asar bersamaan 29@30 Zulhijjah sebanyak 3 kali sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat Perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.
MAKNANYA :-

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...
------------------------------------------------------------------------------------------------
DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Fadilat doa awal tahun adalah membentengi diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak tiga kali, setelah solat rawatib selepas magrib pada malam 1 Muharam, maka Allah SWT. Memerintahkan dua malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama sepanjang tahun.


MAKNANYA :-

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam... Amin... Amin... Amin...

------------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga semua amalan kita diterima olehNYA. AMIN YA RABBAL ALAMIN.
Azam baru :-
* Menjadi HAMBA yang baik dan taat buat penciptaKu
* Menjadi Ibu , Isteri yang terbaek buat keluarga
* Menjadi anak yang solehah buat Ibu Bapaku
* Menjadi pekerja yang fokus dengan setiap kerja walopun pelbagai dugaan mendatang
* Be a NICE person to Ol my Fwens
Insya'Allah

1 comments:

Hariz said...

Salam Maal Hijrah 1432H dari profhariz.com.. Dengan masuknya Tahun Baru 1432H pada esok 06 Disember 2010 bersamaan dengan 1 Muharram 1432H bulan pertama dalam tahun islam.

Semoga ada satu penghijrahan yang besar dalam diri kita, keluarga kita serta masyarakat pada tahun baru, bulan baru dan hari baru pada 1432 Hijrah ini.. InsyaAllah..

Http://profhariz.com

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design