FOLLOW ME

October 26, 2010

Kenangan lalu = PENGALAMAN


Antara conversation aku dengan rakan² fesbuk @ Hospital Bersalin.
Aku ceritakan kembali pengalaman aku 7 tahun lalu.







♫♪♪♪ C E R I T A N Y A # B E G I N I ♪♪♪♫





Tanggal 31 Mei 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Seorang bayi yang kecil molek lahir.

Beratnya 2.89 kg

Dilahirkan secara normal

tanpa sebarang masalah dan komplikasi

Tidak sempat jururawat memanggil en suami untuk menemani si isteri

Bayi somel itew telah lahir dengan selamatnya. ♥

bayi itu diberi nama

" Muhammad Hafizuddin "

Alhamdullillah.





26 Ogos 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Bayi yang dipanggil 'Apin' ituw demam.

Demam yang berulang².. sekejap baik.. sekejap demam semula.

Muntah yang keluar secara lonjakkan..

Mulanya kami sekeluarga ingat

'apin' salah minum susu formula.

maklumlah, ibunya da mula bekerja..

aku tinggalkan dia dengan neneknya di Bangi.

Selang 2 hari, aku datang dari Pandan Indah ke Bangi untuk berjumpa dan melepas windu dengan puteraku.



27 Ogos 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Masih lagi demam.

Masih lagi muntah melonjak

Bawa ke klinik.

Suhu sudah mencapai 38 clc..

Suda kena tarik² ..

Kalo lambat bawa ke klinik

* Istifar*

tatau nak cerita camner

Mungkin 'apin' akan cacat oleh kerana demam panaz

suhu panas sampai ke otak, dan otak tak boleh berfungsi dengan baik.





28 Ogos 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Bawa ke klinik 'Lita Alis @ Bangi '

Doc ambil sample darah.

fes time aku nangis.

tapi..

Mujur en.suami kuat.

Sabarkan aku.

Result darah - Oke ♥

Alhamdullillah.





2 September 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

'Apin ' masih lagi dalam mood demam.

haih.. aku da cuti dekat seminggu da nie..

Cuti pun tado. uhuk! dugaan betulla.. ('',)

Ayah bawa ke hospital Putrajaya, tempat 'apin' dilahirkan.

'Apin' kena warded! ...

Dalam pale otak aku da pk.. adui.. aku keje! camne nie..

'Apin' teruk ke?...


*** Malam pertama dekat wad.. papa yang jaga 'apin'

Habis 1 wad bangun bila 'apin' nangis...

kenapa sayang? .. mungkin sakit sangat.. yang mama dan papa tak boleh nak rasa.. Hanya dengan tangisan yang 'apin' mampu bagitahu..


*** Malam pertama itu jugalah dokter dan jururawat merendam 'apin' dengan ketulan ais. sebab? suhu badan 'apin' da terlalu tinggi.


*** Kasihan papa...





3 September 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Hari ke-2 kat wad.

Dokter pun da fening.

Macam² ubat antibiotik doc masukkan dalam badan 'apin'

tapi. tader ape² kesan positif. Demam still datang, Muntah still kuar.

Dokter cakap dia kena tahan 'apin' lagi seminggu kat wad!

Aduhai... keje aku! cuti aku! camner?

Akhirnya, aku minta tolong mak aku untuk menjaga 'apin' dekat wad.

Lagipun, 'apin' adalah cucu sulung keluargaku

Aku dan ibuku bergilir² menjaga 'apin' dekat wad.

Siang jam 7.30 pagi sampai 6.00 petang, ibuku menjaganya

6.00 petang sampai 7.30 pagi esoknya aku yang jaga.

* tanpa tidur di katil empuk

* Lepas tukar shif bergilir dengan ibuku, aku rush pulang ke Pandan Indah, mandi, gosok baju, dan masuk keje jam 9.00 pagi..




11 September 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Seminggu suda berlalu..

Keadaan apiz masih macam tu.

Dokter pun da pening.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Jam 11 pagi

.. dokter panggil en.suami dan aku masuk bilik dokter.

Katanya nak 'bincang'

Oke.. setelah di'taklimatkan' .. fahamlah aku.. yang dokter tidak dapat mengesan apa sakit anakku jika tidak diambil air tulang belakangnya.

Kata dokter, ianya tidak berisiko.

Cuma nak ambil sedikit sampel air tulang belakang, untuk dibuat kajian, dan mengesan virus apekah yang menyerang dan antibiotik apekah yang sesuai untuk diberi.


Jam 11.25 pagi

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Aku dan en.suami beritahu ibu dan ayahku tentang apa yang disampaikan oleh dokter pada kami.

Ibu dan ayah 'kalau' boleh , tanak beri permission tuk diambil sample air tulang belakang. katanya..

macam² berita da dia dengar.

Kalo bagi air tulang belakang

Berkemungkinan anak itu

* boleh lumpuh

* cacat

*lembab

dan macam² lagi.

TAPI.. kata ayahku

sume terpulang pada kami.(mak dan ayah 'apin')


Dengan tangisan, aku hantar anakku kat bilik dokter, untuk diambil sample air tulang belakang.

Dokter cakap padaku, kalo tak sanggup tengok.. tunggu kat luar bilik.

Ok. aku memang tak sanggup tengok. Aku tunggu di luar bilik, dari celahan² pintu, aku ternampak, anak aku yang usianya baru 4 bulan, diterbalikkan.. 2 jururawat pegang kiri dan kanan tangan dan kepalanya supaya tegak. dan dokter menjalankan tugasnya.

S E L E S A I .. ambil air tulang belakang...

18 September 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Selang seminggu setelah diambil air tulang belakang.

Dokter mengesahkan yang 'apin' mengidap 'MENINGITIES'

sejenis penyakitair terkumpul di selaput luar otak kepalanya.

mesti dibedah! ...... Jika tidak?

# kepalanya akan terus membesar. demamnya tidak akan kebah, badannya akan lemah. #

Tetapi, pembedahan tidak boleh dilakukan di Hospital Putrajaya.

'Apin' harus dihantar ke HUKM.

19 September 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Aku dan 'apin' naik ambulan.

Dihantar ke HUKM.

Setibanya di sana..

Dokter yang mengambil kes 'apin' membawa kami ke bilik

Scan kepala..

memang jelas nampak tompok air dibahagian kepalanya.

20 September 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Dokter mengambil darah 'apin'

Aduhhhh!! sakitnya terasa.

Budak kecil oke.. tak bolehkah kalian bayangkan? ...

1 hari 2-3 kali ambil sample darah?..

2.45 petang.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Dokter menyuruh aku standby.. mungkin esok @ lusa 'apin' akan masuk bilik bedah. * Ya Allah. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku!

* Masa ni * * Seingat aku.. hari pertama umat islam berpuasa*

22 September 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Jam 4.45 pagi.

Budak praktikal kejururawatan datang katil 'apin'

katanya nak ambil sample darah. LAGIIII?.......

dalam hening subuh tu.. nangis la budak 'apin'.. tengah sedap² tido.. kena cucuk lagi kat lengan kanan.. ambil darah.. dan masuk air.

Yang aku marah.... sampai salah cucuk urat nak masukkan air.. hingga bengkak seluruh tangan 'apin' ..

Jam 2.00 petang

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Dokter suro bawa 'apin' ke bilik bedah.

Kauuu orang bayangkan.... tader strecher... suro dokong!

nasib baik bapak aku ada.. dia staf UKM. dia bising² ape tah.. yela! takkan nak dukong budak tu.. dengan wayar segala kat badan... gile ke?

Alasan.. tak cukup strecher.. itu bukan masalah kami oke.. haissss

Jam 2.40 petang

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

'Apin' dibius.. supaya pengsan.

Bilik bedah tu mengerikan yea.

Macam² mesin, pisau, gunting, wayar yang ada..

Aku yang menyaksikan 'apin' pelan² pengsan..

Sambil usap jari² kecil dier... Usap kepalanya... dia Zzzzzz

Dokter suro aku tunggu kat kusi depan.

kat situ.....aku sorang je.. * puasa ni.. dengan sahur pun tidak.

* tader selera oke....

4.45 petang

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Alhamdullillah.. 'Apin' da selamat dibedah kali yang pertama

Ditolak keluar ke bahagian I.C.U

Kena duduk situ 4 jam. Untuk pemantauan dokter.

Aku pun.. duduklaa sebelah 'apin'..

Somelnya anak aku.. even ada 1 wayar putey tersembul kuar dikepalanya . Wayar itu adalah saluran untuk mengeluarkan air + darah kotor yang terkumpul dikepalanya.

29 September 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Selepas 7 hari pembedahan PERTAMA

9.00 pagi

Ditolak masuk ke bilik CT scan.

Dokter buat muka pelik.

Katanya masih ada lagi air dan darah yang terkumpul

Aiks.... aku dan en.suami hairan.

Dokter terangkan begitu begini, bla bla..

satu lagi operation untuk keluarkan air akan dilakukan.

Aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

beratnya dugaan aku.

Kali ini.. 2 tempat dikepala akan ditebuk.

Di kiri (baru) dan kanan (bekas operation lama)

Okeh! esok masuk bilik bedah......

30 September 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

4.45 petang

Menghantar 'apin' ke bilik bedah..

Dalam eadaan lemah.

Kurang makan, tidak sahur, kurang air, kurang tidur sume.

Aku berdoaaa sangat pada TUHAN agar operation kali ini sukses. Tanpa perlu ulangan. T O L O N G L A H !

7.15 malam

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

'Apin' selamat dibedah.

Aku? selamat berbuka puasa dengan sebiji pisang yang diberi oleh dokter. En.suami, ibu, dan ayah menunggu di luar tempat bedah. hanya seorang yang boleh masuk dalam ruang menunggu bilik pembedahan.

Masa tu.. pelbagai benda kuar masuk kepala otak aku.

haisss =(

selepas 4 jam menunggu di ICU.

apiz ditolak masuk ke wad semula.

kali ini, dengan 2 wayar dikepala.

2 saluran air di kepala.

7 Oktober 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tolak 'apin' masuk bilik CT SCAN.

Dokter said.. Alhamdullillah.

sume da oke. kembali ke keadaan asal.

Alhamdullillah, SYUKUR

apiz da pulih! ...

tapi.. dokter cakap dia perlu pantau 'apin' 2 minggu dahulu.

Tapi di pantau di hospital Putrajaya semula. sebab di HUKM tidak kecukupan katil ('',)

S E K A L I # L A G I # N A I K # A M B U L A N

nk tengok perkembangan dia, dan keadaan air di kepalanya.

## Dalam tempoh 2 minggu itu... setiap pagi, ada nurse yang ambil darah, masukkan ubat antibiotik sebesar colgate yang besar itu ke dalam badannya. dia nangis pun aku nangis. ## sedeynya......... =((

19 Oktober 2003

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

* HARI RAYA PERTAMA

'apin' da sihat sepenuhnya

tiada lagi demam

tiada lagi muntah

tiada lagi air dan darah dikepalanya

tiada lagi tangisan

hanya gelak tawa

****kami dibenarkan keluar pada pagi raya pertama tahun 2003 ***

Tahun pertama sambut raya bersama² ahli keluarga baru

Terima kasih tidak terhingga pada mak, ayah , acik, alang dan usu.

banyak membantu along dan abang long di waktu itu.

Terima kasih mak, abah.. banyak bantu dar segi kewangan kami.

maklumlah.. berulang alik KL-Bangi hari-hari...

Terima kasih para doktor, nurse, makcik cleaner dan KAWAN-KAWAN yang support aku..

seingat aku.. Lily, Azreena dan Suhaida.

Yang lain? I dun Think So..

Terima Kasih juga kat Bos yang FAHAM. yang tak faham tu.. aku harap kauuu blajar² faham situasi orang lain.. sebab mungkin hari ini hari aku.. esok lusa?.....



*** Macam² yang aku kena semasa susah payah aku menjaga 'apin' .. dengan pelbagai surat amaran dari ORANG yang tak nak faham keadaan orang lain. Aku rasa , aku da ikut prosedur yang betul.. tapi dari celah mana yang selalu nampak tak betul aku pun tak pasti. Nak suro ngadap Big Bos.. aku da buat.. nak buat surat, aku da buat. Masuk lambat, balik lambat...pun aku da buat.... Tapi mungkin yang terkena tu AKU.. jadi... kauuu buatlah apapun.. takkan di -BEKAP.***







Dear My Lovely son.... jadi anak yang baik, yang bijak..

mama sentiasa mendoakan dan mengharapkan kesejahteraan dan kesihatan apiz selalu.




Pesanan aku: buat semua ibu² dan bakal ibu. Hargailah orng² disekeliling kita, sayangilah ibu kita. Susah senang menjaga dan melahirkan kita. banyakkan bersabar jika menempuhi saat² sukar.

3 comments:

Hafida Amy said...

kak...byknye dugaan..sedih lak bace cite ni..klu sy mcmane la ye..tp akk mang seorg yg tabah..mgkin ade hikmah dsebalik kejadian..moge apin akn jd ank yg soleh ye..

♥ azura wif lurvee ♥♥ said...

Alhamdullillah.
Bila kita dalam situasi sukar
Orang yang paling dekat sangat2 kita perlukan.
At dis time, en.suami, mak dan ayah sangat banyak membantu.

Rasa, sume ibu² pun akan jadi tabah dan kalo boleh nak setabah mungkin. Ini baby kecik lagi.
Kalo dia da besar, lagi;a. kita nak kena sorokkan kesedihan kita kan.. =)

ThanX dea
Lama suda citer ni..
tetibe teringat.
Kebetulan pulak siapiz demam malam tadi.. kena berjaga malam, pantau suhu dia.. tu yagn teringat berjaga tak tido kat spital :)

aThidEaN said...

Ya Allah besar dugaan akak. Alhamdulillah hafiz sihat dan dah besar skrg

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design