NUFFNANG

FOLLOW ME

SET LEESA FORMULA * Confine Mum Set A

Wednesday, October 20, 2010 4 Comments A+ a-

Setelah dibelek² beserta ongkos dan komen² positif dari rakan² atau ibuk² yang baru bersalin, ai dengan ini mengumumkan * cehhhhh.. macam umum ape jek.. * yang ai akan mencuba , try dan test set ini

^^^^^^^^^^
^^^^^^^^^
^^^^^^^^
^^^^^^^
^^^^^^
^^^^^
^^^^
^^^
^^
^


ConfineMum Set ATerdiri daripada:Tablet Prawan, Tablet Haruan, Ginger Cream, Minyak Telon & Body Contour GelSM RM 215.00 SS RM 218.00 BR $ 114.00




Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak dan selulit. Ia disapu sebelum berbengkung bagi mempercepatkan pembakaran lemak dan selulit di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Ia tanpa bau, tiada kesan melekit serta mudah menyerap apabila di sapu.
KANDUNGAN :* Ekstrak Barli: mengurangkan kerengsaan menguatkan tisu dan kulit.* Ekstrak Ivy: membantu memecah lemak kepada asid bebas.* Ekstrak Butcherbroom: mengaktifkan sistem peredaran mikro dan anti radang.* Ekstrak Mushroom: memperbaiki sistem peredaran mikro kulit.* Sweet Clover: menggalakkan proses awet muda.* Lady’s Thistle: menggalakkan pembentukan sel baru.* Lemon: membantu menegangkan kulit dan otot.
KEGUNAAN :* Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.* Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.* Memperbaiki sistem peredaran mikro kulit.

CARA PENGGUNAAN :* Hanya picit sebesar duit 20 sen, jumlah yang cukup untuk sapuan di seluruh kawasan perut, pinggul dan paha. (Cuci tangan anda dengan sabun sebaik selepas menyapu gel ini untuk mengelakkan kepanasan yang melekat kepada bahagian lain badan).* Sapu selepas mandi, pagi dan petang atau sebelum berbengkung.* Tidak perlu menggosok lama atau mengurut pusingan jam kerana ia cepat dan mudah meresap.* Sesuai juga untuk semua lelaki dan wanita yang tidak berpantang yang ingin mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.




Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkan amalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia . Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.
KEGUNAAN :* Membuang angin dalam badan.* Mencegah angin dari memasuki badan.* Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.* Mencair dan melancarkan perjalanan darah.* Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.*
Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.* Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
* Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.* Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas.
CARA PENGGUNAAN :Boleh disapu sekerap yang diingini di mana-mana bahagian badan seperti di dahi (bagi mengganti pilis serta mengurangi pening kepala), hidung (bagi memberi bau untuk mencegah rasa loya), kaki (sebelum berstokin) dan bahagian belakang bahu bagi membantu mencegah masuk angin, membuang angin serta menghangatkan badan dan dicampur dengan minyak urut untuk urut bersalin.




Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik.Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka.Tablet Haruan adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.
KEGUNAAN :* Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang bersalin secara caesarian atau pembedahan).* Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.* Mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia.* Boleh diambil bukan hanya untuk wanita lepas bersalin, malah oleh kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.
ATURAN MAKAN :Sehari sekali 2 biji selepas sarapan pagi, bermula hari ke 4 sehingga sebulan (tempoh yang cukup untuk memulihkan luka).INDIKASI :Digunakan secara tradisional untuk melegakan luka-luka kecil dan untuk melancarkan penghadaman






Tablet Prawan yang berperanan seperti ubat periuk ini diformulakan dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan. Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.
KANDUNGAN :Mengandungi 5 herba `ubat periuk` iaitu :
* Teja Lawang (Cinnamomum Inners)Digunakan secara tradisional oleh orang melayu sebagai ubat periuk menguatkan rahim lepas bersalin, selain daripada untuk menyembuhkan demam dan penawar racun, lenguh-lenguh tulang dan menambahkan tenaga badan.
* Au Malam/Petai Jawa (Phyllagathis Rotundifolia)Banyak diamalkan oleh wanita bersalin dahulu kala untuk mencuci dan melancarkan perjalanan darah, selain untuk menyegarkan badan dan mengurangkan demam.
* Daun Keman/Semalu (Mimosa Pudica)Banyak digunakan secara tradisi untuk membersih darah, melegakan senggugut, melawas pembuangan air kecil disamping mengubati batuk, demam panas dan sakit kepala.
* Akar Serapat (Parameria Polyneura)Berfungsi mengecutkan dan menyihatkan peranakan selepas bersalin dan mencegah masalah meroyan.
* Pinang Kotai (Agelaea Wallichii)Sering digunakan pada zaman dahulu untuk menambah tenaga dan menghilangkan pucat di muka kepada ibu-ibu bersalin. Ia juga berkesan untuk mengatasi sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.
KEGUNAAN :
* Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.* Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.* Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.* Mencegah masalah meroyan.* Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.* Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.
ATURAN MAKAN :Ambil sehari sekali 2 tablet petang selepas makan dari hari ke 4 hingga selesai pantang 44 hari.INDIKASI :

Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan.
RAMUAN :Lignum cinnamomum Inners, radix mimosa pudica, radix parameria polyneura, radix agelaea wallichii, folium phyllagathis rotundifolia, channa striatus.



KEGUNAAN :Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi.
CARA PENGGUNAAN :* Sapukan 5-10 titik pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki.* Boleh dipakai bila-bila masa terutama selepas mandi dan bila udara sejuk/dingin.* Sapu diwaktu malam sebelum tidur untuk mengurangkan gejala bayi kencing malam.* Jika bayi kembung atau senak, sapu di bawah lutut hingga kaki.
LARANGAN :Jauhkan dari kanak-kanak dan untuk kegunaan luar sahaja.
RAMUAN :Mineral Oil, Peppermint Oil, Menthol, Nutmeg Oil, Eucalyptus Oil, BHT.

4 comments

Write comments
cikpuanreena
AUTHOR
October 20, 2010 at 4:55 PM delete

kiter ri tu pon gune set ini..see badan pon menten...hehehe...contour gel itu sgt mujarab utk kurus...:)

Reply
avatar
October 20, 2010 at 5:35 PM delete

okeh reen.. k.zura nak try lah..dulu guna ape eh? aaaaaaa.. mustika ratu,, lama suda 7 tahun lepas// heheheh

Reply
avatar
Hafida Amy
AUTHOR
October 21, 2010 at 8:31 AM delete

saye pon same gak..gune leesa..mmg ok..tp yg tradisional pun mkn gak..bl kt kg..heee..tetibe teringt mase pantang..sgtla sonok lg2 time btungku n beranggang(duk kt kusi pastu kt bwh kusi tu ade api utk pnskn bdn slps mndi..tp org len ppgil btangas kot...)slmt mcube kak..:)

Reply
avatar
October 21, 2010 at 2:09 PM delete

Fida : ic.. zura baru nak try nih... sebab servey mengatakan ianya bagus.. tapi kannnn
tablet der besau² x? adoiiii. takut takleh masuk tekak jek nie.. muahaha

btw. Thanxs

Reply
avatar