NUFFNANG

FOLLOW ME

Info Yang MenariKs ♥

Wednesday, August 11, 2010 0 Comments A+ a-

Panduan Ibu Hamil di Bulan Ramadhan

Semoga puasa kita dapat dilaksanakan dengan sempurna seperti biasa. Insyaallah.

Panduan ibu hamil di bulan Ramadan


KALAU tiada aral melintang, esok, umat Islam di seluruh dunia sudah mula menjalani ibadat puasa.

Ada di kalangan ibu-ibu hamil yang pasti berasa khuatir untuk berpuasa dalam keadaan bayi di dalam kandungan yang amat memerlukan kadar nutrisi yang diperlukan bagi memastikan perkembangan janin.
Jika anda hamil dan ingin berpuasa, pastikan keadaan kesihatan anda amat stabil kerana ibu-ibu hamil juga sebenarnya dibolehkan untuk berpuasa, tetapi menerusi syarat-syarat tertentu.
Apa pun pastikan kandungan dan kesihatan nutrisi yang dibekalkan ibu menerusi plasenta kepada janin.


Salah satu daripadanya ialah memastikan makanan yang dimakan itu mengandungi nutrisi yang diperlukan termasuk protein, zat pemakanan yang diperlukan ibu dan bayi di dalam kandungan.
Komposisi yang harus dipenuhi ibu-ibu hamil bagi zat pemakanan tersebut ialah karbohidrat 50 peratus, protein (30 peratus) dan lemak sekitar 10 hingga 20 peratus.


Biarpun begitu, ada beberapa faktor yang harus diperhatikan oleh si ibu andainya dia hamil dan ingin meneruskan berpuasa.
Sekiranya si ibu hamil tersebut menghidap penyakit kencing manis atau diabetes, maka ibu tersebut tidak disaran untuk berpuasa.
Sekiranya ibu yang hamil itu menderita penyakit darah tinggi atau hipertensi kerana ibu-ibu ini memerlukan aturan memakan ubat yang berterusan secara teratur dia juga disaran untuk membuka puasanya.
Tekanan darah tinggi juga harus dihindari selama hamil kerana ia boleh menyebabkan kematian mengejut bagi si ibu mahupun bayi dalam kandungan.


Selanjutnya adalah faktor perdarahan. Jika ini berlaku, ibu yang hamil dinasihat tidak berpuasa kerana khuatir kesihatan janin di dalam kandungan.

Dehidrasi atau kekurangan cairan akibat muntah selama hamil akibat mabuk atau morning sickness atau sebagainya juga diminta untuk tidak meneruskan puasa dan minum sebanyak mana air yang diperlukan.
Jika tidak, sebaliknya akan berlaku kerana dehidrasi ini berkemungkinan akan menyebabkan pitam, pening, rasa berpinar dan seram sejuk yang boleh menyebabkan keadaan ibu hamil ini menjadi lebih teruk dan pengsan.


atau .. boleh guna cara ini =D

Jika ibu mgandung takut tak tahan berpuasa >> amalkan makan ni bile sahur

1) 7 biji kurma
2) 2 cmca besar minyak zaitun
3) susu 2 gelas
4) roti & keju (
1@2 keping)

bg yg morning sicknes xleh nk mkn nasi better amalkan yg nih.... insyllh tahan sampai berbuka


INFO ke - 2
PINDAAN WAKTU BEKERJA STAF USIM DI BULAN RAMADHAN

MAKLUMAN
PEMAKAIAN PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR BILANGAN 9 TAHUN 2010 - PINDAAN WAKTU BEKERJA UNTUK STAF USIM SEMASA BULAN RAMADHAN 1431 HIJRAH

Isnin hingga Khamis
Waktu Bekerja : 8.00 pagi – 4.30 petang
Waktu Rehat : 1.30 tengah hari – 2.00 petang

Jumaat
Waktu Bekerja : 8.00 pagi – 4.30 petang
Waktu Rehat : 12.45 tengah hari – 2.45 petang


Jadi... Bekerja dengan sebaik²nya.. u ouls curi masa tuk wat benda lain, pandailah u ouls kaver masa u ouls kay =D