NUFFNANG

FOLLOW ME

Kasih Ayah ♥ Kasih Ibu ♥

Thursday, May 27, 2010 0 Comments A+ a-

Apa beza kasih antara dua ni yer?
Pada aku, tade bezanya.. sama shja. Sebagaimana seorang ibu menyayangi anak dengan sepenuh hati, begitu jualah kasih seorang ayah. Seringkali kita disajikan dengan berita ibu menderita kehilangan anak, ibu merana ditinggal anak dan sebagainya. Tapi, adakah kita tahu, yang kasih bapa juga lebih hebat untuk anaknya? Adakah kita juga tahu yang hati seorang ayah juga lebih tulus, lebih lembut, lebih sedih bila kehilangan atau berjauhan dengan anak?.

Yer.. dulu aku sangkakan lelaki atau seorang ayah itu kuat dan tabah dalam mengharungi onak duri dan badai rumahtangga. Tapi aku silap, aku salah. Hmm.. susah nak kita terangkan sebab bukan kita yang rasa apa yang si ayah rasakan. Sedangkan aku pun tak boleh nak tinggalkan anak aku kat umah mak bapak aku untuk tempoh 2 - 3 hari, sampai parents aku cop aku kedekut anak! Mak, Abah, along bukan kedekut anak.. naluri seorang ibu tu takmo berpisah ngan anak, risau ape akan jadi sebab dia takder depan mata kita.

Alkisahnya apa yang nak aku sampaikan, hati lelaki dan wanita sama je.. Nampak keras.. macam kerak nasi.. bila sedih.. gugur juga airmata.. Anda tak percaya? Aku percaya.. sangat percaya.. sebab sahabat aku sendiri alami kejadian ini. Sabarlah sahabat. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, ada sebabnya terjadi. Terima takdir dan redha dengan ketentuan Allah. Semoga kamu menjadi lebih tabah, menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab, yang sabar. Insya'Allah.

:: Happy Beday dear lil gurL :: FroM AuntiE Azura ♥