FOLLOW ME

April 23, 2010

Sharing dari BLOGGER ♥

Pusing² fesbuk, aku terjumpa status seorang blogger yang hebat ni. Aku suke ayat beliau. Semoga ianya jadi manfaat dan pengajaran buat aku dan semua sahabat² aku. Insya’Allah
‘Orang yang suka mengkritik orang lain, umpama dunia ini merekalah yang punya dan merekalah paling betul…. Tetapi, apabila giliran mereka dikritik dengan ‘kow kow punya’ kritikan, barulah mereka tahu tinggi rendahnya langit. Awan tidak selalu mendung, cuaca tidak selalu panas, hujan pula tidak selalu. Semoga kata-kata… kita tidaklah menghiris perasaan orang lain. “Ya Allah, jagalah jari-jari kami ini.” Amiinnn…

‘ Cuaca sekarang amat panas. Maka elakkan menambah panas hati orang lain yang sedia ada panas. Sekarang banyak kes di mana manusia apabila sudah hilang pertimbangan, mereka akan menetak, memancung, menyepak, menendang, membelasah atau membunuh walaupun ahli keluarga sendiri. Bahaya betul… Dunia seperti mula kembali ke …zaman jahiliah dahulu, atau sebenarnya, sudah ke penghujungnya…? ‘

‘Seorang kawan menegur sahabatnya yang bermulut laser, “Berterus terang memang bagus, tetapi ada caranya. Jangan sampai menyakitkan hati orang.” Namun nasihat itu tidak didengari. Lantas kawan itu menguji sahabatnya itu dengan kata-kata yang laser. Sahabatnya itu kemudian marah-marah tidak puas hati. Kemudian kawannya b…erkata, “Haa, sekarang baru kamu tahu betapa sakitnya hati. Itulah yang orang lain rasa!”

‘Saya biasanya akan menilai seseorang usahawan itu bagus atau tidak pada penggunaan ‘bahasanya’. Mana-mana usahawan yang datang dengan bahasa yang baik, saya akan utamakan. Sebaliknya, walaupun seseorang usahawan itu hebat tetapi bahasanya teruk, biasanya saya kurang berminat untuk bekerjasama. Bisnes mestilah dilakukan… secara profesional. Kawan tetap kawan, bisnes tetap bisnes. Bahasa MESTI dijaga’

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design